Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Friday, March 15, 2019

Bubur candil labu kuning



Terlebih rajin semalam.....teringinnya dah lama.

Bubur candil labu kuning

Labu - kukus hingga empuk - lenyek
Tepung pulut
Sedikit pewarna hijau atau air pandan
Santan pekat
Daun pandan
Gula dan garam secukup rasa.

Image may contain: food

Untuk tangkai labu

Tepung pulut (dalam 2 sudu besar) + sedikit pewarna hijau dan air - satukan dan uli hingga jadi doh.

Untuk buah labu

Labu lenyek + tepung pulut secukupnya - satukan dan uli hingga jadi doh.

Ambil doh labu. Bulatkan sebesar guli. Ambil lidi dan tekan kat doh tu bentukkan macam labu. Lubangkan skit kat atasnya. Ambil sedikit doh hijau. Cucukkan kat lubang tu....

Buat sampai habis. Susun buah atas talam yg di gris dengan sedikit minyak.

Dalam periuk masukkan santan, daun pandan, gula dan garam secukup rasa, panaskan. Sementara itu, dalam periuk lain, panaskan air dan rebus candil labu hingga terapung. Toskan dan terus masukkan dalam kuah santan. Masak hingga santan mendidih. Siap.

Image may contain: food























Bubur candil keledek ungu


Image may contain: food

Bubur candil keledek ungu.....anak2 suka bubur candil jadi lebihan doh angku tadi saya buatkan sedikit bubur candil berbentuk buah manggis.


Bubur candil keledek ungu

Keledek ungu - kukus atau rebus hingga empuk - lenyek
Tepung pulut
Sedikit pewarna hijau atau air pandan
Santan pekat
Daun pandan
Gula dan garam secukup rasa.

Untuk tangkai dan tampuk

Tepung pulut (dalam 2 sudu besar) + sedikit pewarna hijau dan air - satukan dan uli hingga jadi doh.

Untuk buah manggis

Keledek ungu lenyek + tepung pulut secukupnya - satukan dan uli hingga jadi doh.

Ambil doh manggis. Bulatkan sebesar guli. Ambil doh hijau dan bentukkan tampuknya. Lubangkan skit kat tengah2 tampuknya. Ambil lagi sedikit doh hijau. Cucukkan kat lubang tu....

Buat sampai habis. Susun buah atas talam yg di gris dengan sedikit minyak.

Dalam periuk masukkan santan, daun pandan, gula dan garam secukup rasa, panaskan. Sementara itu, dalam periuk lain, panaskan air dan rebus candil hingga terapung. Toskan dan terus masukkan dalam kuah santan. Masak hingga santan mendidih. Siap.

Image may contain: 1 person, food


Saturday, August 4, 2018

Pulut serawa durian


Menu potluck semalam jugak nih......potluck la katakan....macam-macam menu ada. Yang berkaitan dengan pulut jer ada 5 jenis....pulut kuning kari daging, pulut kuning rendang ayam, pulut tanak dengan ikan rebus, pulut serawa durian, pulut inti.....haaaa....bermandikan pulut kami seopis semalam. Pulut serawa durian ni saya buat guna lebihan durian kenduri durian kat opis hari khamis aritu.....durian yang tak berapa sedap dimakan tu kumpul2 dapat la satu bekas....saya bawa balik dan leburkan jadi serawa. Pastu terajin pulak nak tanakkan sedikit pulut untuk dipadankan dengan serawa tu.


Serawa durian

Satu besen durian - kalau rajin boleh buang bijinya....kalau malas macam saya ni masakkan terus dengan biji2nya.
Gula dan garam secukup rasa
2 mangkuk santan sederhana pekat
Air secukupnya

Satukan durian, air, garam dan gula. Masak hingga mendidih dan gula hancur. Masukkan santan, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu selepas masukkan santan supaya santan tak pecah minyak. Jumlah santan dan air tu bergantung kita nak serawa yang pekat atau cair. Kalau kat kampung dulu2, kalau buat serawa ni untuk doa selamat atau tahlil, duriannya tak banyak mana, jadi kita tambah tepung gamdun skit nak bagi kuah pekat.

Pulut tanak

5 cawan pulut
5 cawan santan cair (atau air)
Garam secukup rasa

Satukan dan tanak macam biasa.


Wednesday, February 28, 2018

Bubur nasi bersama sambal lobak masin


Menu sarapan pagi ni. Dah lama tak buat bubur nasi yang dimakan dengan sambal lobak masin. Sedap sangat sambal ni....kena dengan selera saya. Selain menggunakan cili kering, boleh tukarkan dengan cili hijau dan cili padi hijau..ikut citarasa. Hasilnya sama memikat selera. Saya kehabisan stok cili hijau...jadi gunakan cili kering saja kali ni.


Untuk penyediaan bubur nasi yang mudah dan cepat boleh Klik resepi di link ini. Saya kongsikan cara2 menyediakan bubur nasi yang elok kembangnya dalam dalam lebih kurang 15 minit sahaja.


Sambal lobak masin

100 gm ikan bilis
200 gnm lobak masin (boleh beli yang dah siap cincang atau yang besar tu potong saiz kecil ikut citarasa)
2 senduk cili kering kisar
3 sb air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis

Kisar ikan bilis, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.
Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan (air kisaran kering).
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan lobak masin. gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan memasak seketika sebelum tutup api.
Hidangkan bersama bubur nasi.

Tuesday, November 21, 2017

Bun Coklat dan kuah durian


Bila mood rajin, memang rasa nak tido kat dapur jer. Hahaha, Sepanjang hari saya di dapur. Ada jer idea memasak yang melintasi ruang fikiran. Kebetulan buat roti manis kosong, hubby called minta masakkan kuah durian untuk majlis ilmu malamnya. Ada yang berbesar hati sponsor durian malam tu, jadi boleh la makan ramai2....cicah dengan roti slice. Roti saya ni buatnya seketul jer...lepas la makan kami sefamily malam tu.

Berbalik kepada cerita roti ni, walau pun hanya menggunakan tepung gandum tapi hasilnya gebussssss sekali. Jimat kos guna resepi ni. Janji uli betul2 sampai doh elastik dan licin...pasti cemerlang.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
2 sb serbuk koko
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.


Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)

[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah


KUAH DURIAN

Bahan2nya :

1 keping gula melaka
5 cawan santan sederhana pekat
20 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu.

Cara2 nya :

1.Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing.

2.Masukkan santan, durian, tepung, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau. Jika kurang manis tambah la gula.

3.Kacau sentiasa sehingga masak.

Tuesday, October 10, 2017

Aiskrim Malaysia perisa bubur kacang

 Hari minggu baru ni, ada yang infaqkan bahan untuk dibuat bubur kacang sempena majlis ilmu di surau. Banyak pulak isinya yang tinggal....kuahnya dah kering. Sayang pulak kalau dibuang.

Isinya saya bawa balik dan tambahkan gula, garam dan santan. Saya buatkan aiskrim. Banyak juga dapat....anak2 pun rajin menolong sebab excited nak makan aiskrim banyak2....

Ada sedikit lagi baki isi kacang tu saya campur tepung dan kelapa parut utk jadikan kuih kasturi


Aiskrim Malaysia (Bubur Kacang Hijau)

500 gm Kacang hijau - rendam 2 jam (tukar air selalu)
1 ketul Gula melaka
Gula dan garam secukup rasa
3 liter Santan pekat
Air aecukupnya
Daun pandan simpul

Rebus kacang hingga empuk. Masukkan daun pandan,  gula melaka, gula dan garam, .  Masak hingga gula hancur. Masukkan santan dan air. Masak hingga mendidih.

Dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam plastik aiskrim, simpul ketat dan bekukan dalam peti ais.

Thursday, September 21, 2017

Roti Jala Kuah Durian


Sarapan pqgi hari ahad lepas. Tak dan nak update dan network pun macam siput sedut. Tak semangat nak mengupdate belog.


Roti jala  @ ZLC

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
1 sb minyak (optional)
Garam

Pewarna makanan (optional)

Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.

Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.

Jalakan adunan.

Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti.....

 Ni kalau pakai botol muncung 3...boleh la buat rupa nih....kalau tidak buat la jala biasa...rasa sama jer pun.


Kuah durian @ ZLC

3 cawan isi durian (nak letak seketul2 pun boleh)
3 cawan santan
1 sb tepung gandum (bancuh ngan 1/4 cawan air) - optional utk dapatkan kuah yg lebih pekat
1 helai daun pandan disimpul
gula dan garam secukup rasa

Satukan semua dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

Wednesday, September 6, 2017

BUBUR PULUT HITAM


Bubur pulut hitam....sedapnya tak terhingga. Samada makan sejuk2 selepas keluar peti ais atau makan terus lepas masak. Buat untuk minum petang cuti panjang yang lepas.


ubur pulut hitam @ ZLC

1 cawan pulut hitam (direndam semalaman atau tengok juga jenis pulut, ada yang cepat kembang tanpa perlu rendam)
2 cawan santan pekat - (perah kelapa menggunakan air masak)
2 helai daun pandan
Secubit garam
Gula secukup rasa

------
Rebus pulut dan daun pandan hingga pulut  kembang, lembut dan pekat/likat. Masukkan gula dan garam. Tambah air sekiranya pulut belum lembut. Ketepikan.

Untuk santan boleh guna cara masukkan santan setelah pulut kembang dan masak hingga mendidih atau tuang santan hanya apabila nak makan bubur ni macam cara kat bawah yer.

Utk dinikmati:- Masukkan pulut ke dalam mangkuk dan tuangkan sedikit santan pekat dan makan ler apa lagi.


Sunday, July 9, 2017

Pengat pisang, keladi dan keledek


Cerita ramadhan lalu. Punya lama baru muncul postnya. Alahai.....


Pengat pisang, keladi dan keledek

2 cawan Santan pekat
Gula merah dan gula putih
Garam
1 helai daun pandan
Sedikit sagu ( basuh dan toskan)

1 biji keladi mawar
3 biji keledek oren
1/2 sikat pisang

Kupas kulit dan cuci bersih.

Lepas tu potong kiub sederhana besar dan masukkan dalam periuk berisi air. Rebuskan keladi dan keledek sampai separa empuk dan toskan. Masukkan gula putih, gula merah, garam secukup rasa dan daun pandan. Masukkan santan, pisang dan sagu. Kacau sesekali supaya tak pecah minyak. Masak hingga didih dan sagu jernih serta ubi empuk.


Saturday, May 27, 2017

Moreh 1 : Bubur candil aka biji nangka


Pembuka tirai moreh 1 ramadhan 2017. Bubur candil atau biji nangka. Menu simple2 ajer. Hari ni hari pertama puasa rasa penat sangat.

Separuh hari keluar mencari keperluan dapur. Walaupun tak habis membeli sebab dah tak larat....dan kesian kat anak2 yang ikut ke kedai......sampaikan sikecil terlelap dalam troli.


Bubur Candil aka butir nangka
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

Bahan A

1/2 paket tepung pulut
air secukupnya
Sedikit garam
pewarna pilihan jika mahu

Bahan B

5 cawan santan
1/4 cawan sagu
gula melaka secukup rasa
daun pandan disimpul
sedikit garam

Bancuh tepung + garam dengan air yg dimasukkan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

Panaskan air di dalam periuk. Ambil sedikit doh dah bentukkan ikut citarasa.

masukkan ke dalam air mendidih dan masak hingga doh timbul.

angkat doh dengan penapis dan madukkan ke dalam periuk lain yg akan digunakan untuk memasak bubur.

Masukkan santan, sagu, daun pandan, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga sagu jernih....


Wednesday, May 24, 2017

Bubur Kacang Durian


Bubur kacang isi durian, sekali makan setengah periuk.....darsat tau penangan bubur kacang durian ni. Ada pulak roti pound....atau pulut tanak....memang elok sangat lawannya petang2 cuaca mendung ni.


Bubur kacang durian

Bahan2nya

1 cawan kacang hijau - rendam beberapa jam kalau nak memendekkan masa merebus (air kena tukar dua tiga kali supaya tak masam)

3 cawan air
5 ulas durian (lebih pun boleh)
1/4 cawan sagu - basuh dan tos (optional)
1 keping gula melaka
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

--------

Rebus kacang sampai empuk. Masukkan gula melaka, garam dan sagu. Masak hingga gula hancur. Tambah santan dan perisakan dengan gula secukup rasa.

Masak hingga santan mendidih dan sagu jernih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak dan bubur membuak..

Thursday, March 30, 2017

Pengat pisang dipetang nan dingin


Sampai jer kat rumah, tengok pengat pisang. Cuaca sejuk....hujan gerimis sedap sungguh la layan pengat pisang yang kakak buat nih. Dapat pekena dengan kopi O.....perghhhh....lazat.

Pisang abu bawak balik dari kampung, cukup matang masa tebang....sekejap jer dah masak. Selain di buat goreng dan pengat, saya suka rebus atau buat lepas mahu pun cucur atau lempeng. Pendek kata pisang ni sedap buat apa2 pun.


Pengat pisang ZLC

1 sikat pisang masak - yg ni saya potong 2 jer sebab pisangnya comel
Santan pekat 200 ml
6 cawan air (secukupnya)
1 ketul gula melaka
1/4 cawan sagu - basuh dan tos
Gula dan garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan masak hingga sagu jernih. (Kalau pisang dah terlalu masak dan agak lembut, masukkan pisang setelah sagu hampir kembang)


Friday, February 10, 2017

Bubur jagung


Bubur peberet...all time peberet la kiranya. Tak pernah jemu lagi. Kat blog ni pun banyak kali juga siaran ulangannya. Anak2 pun suka juga. Tambah2 kalau sejuk kat peti air tu. Kalau rajin buat kuahnya banyak2, bungkus dalam plastik asikrim. Jadila aiskrim malaysia perisa jagung.



BUBUR JAGUNG

6 tongkol jagung
1/2 cawan biji sagu (kali ni tak letak sebab takde stok)
1 1/2 liter santan pekat
gula kabung/melaka, gula putih dan garam secukup rasa

-----
Hiris jagung nipis2.

Rebus jagung yang telah dihiris dengan air (agak2 tenggelam jagung tu) lebih kurang 15 minit.
Masukkan gula dan garam dan rebus lagi dalam 15 minit. Masukkan sagu.
Masukkan santan masak hingga sagu jernih
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak...masak hingga mendidih.

Tuesday, November 22, 2016

Bubur Biji Nangka


Petang2 balik keja, time hujan2 ni sedap dapat makan bubur panas. Tu yang gagahkan juga buat sedikit untuk layan tekak yg teringin sangat ni. Hidang dengan kopi O......perghhhh....dap3nya.


Bubur Biji Nangka

Untuk biji nangka

2 cawan tepung pulut
Air pandan secukupnya (kisar daun pandan dengan air dan tapis)
Sedikit garam

Air untuk merebus doh biji nangka.

Untuk kuah

5 cawan santan
Gula melaka
Gula perang
Garam


Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Tuangkan air pandan sedikit2 sambil gaul dan uli hingga menjadi doh yang senang dibentuk.

Panaskan air di dalam periuk. Ambil sedikit doh dan bentukkan bujur kecil. Rebus hingga doh timbul dan angkat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan, gula melaka, gula perang dan garam secukup rasa. Buat hingga selesai. Masak santan yang telah letakkan butir nangka, gula dan garam tadi hingga mendidih.

Saturday, November 5, 2016

Bubur nasi 15 minit dan Ikan bilis Goreng Kicap


Sejak dapat cara cepat nak masak bubur nasi tanpa guna preasure cooker memang ada jer stanby beras beku dalam freezer tu. Anak2 ni kekadang requestnya tak tentu masa. Bukan perlu simpan banyak pun...sekadar cukup seperiuk kecil. Alhamdulilah semoga yg berkongsi ilmu ni diperluaskan rezekinya dibumi Allah nikan...

Untuk sarapan bubur nasi kali ni saya hidangkan dengan telur masin, ikan ilis goreng kicap dan telur masak kicap.....hari kicap sedunia nampak gayanya.


Bubut nasi 15 minit
Sukatan ikut suka

Basuh beras. Masukkan dalam bekas bertutup. Masukkan air dan bekukan. Bila nak masak masukkan nasi beku tadi ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. Masak dengan api kuat selama 15 minit. Kacau sesekali dan tambah air jika perlu.

Ikan bilis goreng kicap

1 mangkuk ikan bilis - basuh, tos kering dn goreng garing, ketepikan.

Cili padi - hiris
2 biji bawang besar - hiris
10 sb kicap

Guna minyak yang sama, tumis cili dan bawang hingga layu. Masukkan kicapdan tumis hingga kicap agak pekat dan masukkan bilis goreng dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.


Sunday, October 30, 2016

Nasi sejuk???....jom recycle...

Nasi...makanan ruji kebanyakan rakyat malaysia. Pagi petang,.siang malam makan nasi. Tak jemu2....dari lahir sampaikan ke tua jamu nasi....tak muak2. Ada sesetengah orang, wajib makan nasi sekurang2nya sekali sehari....kalau tidak ketaq lutut (ikut kata kawan serumah masa bujang2 dulu).

Hari2 masak nasi, kekadang ada la lebihan. Nak dipanaskan semula macam tak best...syok lagi makan nasi panas, baru tanak. Tu yang pepagi cari la idea nak recycle/guna semula nasi tu. Nak elakkan pembaziran. Berdosa membazir...kata orang tua2, menangis nasi tu kalau kita buang.

Kalau kat kampung, kita boleh jer tabur kat tanah atau dalam reban, jadikan makanan ayam atau itik. Tapi kalau duduk bandar, nak tabur kat mana....tabur depan rumah bagi burung makan, bising pulak jiran2 sebab nanti habis pagar....lantai rumah jiran jadi tandas burung...satu lagi bukan setakat burung, lipas...semut pun sama2 tumpang sekaki.

Jadi N3 saya kali ni saya nak share beberapa resepi, macam mana nak perbagaikan kegunaan nasi sejuk....macam mana nak transform nasi sejuk jadi makanan lain yang enak. Elakkan nasi tu daripada terbuang begitu saja.

Jom semak.....kalau ada lagi boleh share resepi tuan puan kat komen...nanti saya update lagi kat N3 ni...biar panjang list kita supaya makin banyak pilihan yang kita ada untuk tebus guna nasi sejuk kita tuh...

1. Apam nasi

Apam nasi menggunakan nasi sejuk ni memang sedap. Buatnya pun tak susah.


Resepi boleh klik di link dibawah yer

http://zulfadreamland.blogspot.my/2014/09/apsm-nasi.html?m=1


2. Cucur nasi

Versi tempatan

Ni pun pilihan yg mudah untuk recycle nasi sejuk dirumah.


1 cawan nasi sejuk
1 cawan air
1 genggam ikan bilis/udang kering
secekak daun kucai
1 biji bawang besar
1 cawan tepung
garam secukup rasa

-----
Kisar nasi, ikan bilis/udang kering/bawang hingga halus.
Tuangkan ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung, garam dan kucai dan sebatikan.
Kalau keras ble tambah sedikit air.
Dah siap tu goreng je la....

*** kalau suka boleh juga letakkan udang basah, tauge, daun sup, daun bawang.....


Versi omputeh

Cheddar rice fritters
Source epicurious.com

INGREDIENTS

For fritters
1 cup water
1 cup whole milk
1 cup (7 ounces) cooked white rice
1/4 lb coarsely grated sharp Cheddar (1 1/2 cups)
2 tablespoons unsalted butter, softened
3 scallions, finely chopped
1 1/4 teaspoons salt
1/2 teaspoon black pepper
2 large eggs, lightly beaten
1 1/2 cups fine dry plain bread crumbs
About 6 cups vegetable oil
Special equipment: a deep-fat thermometer
Accompaniment: chile vinegar dipping sauce

PREPARATION

Bring water and milk to a full boil in a 2- to 2 1/2-quart heavy saucepan. Stir in rice, then cover with a tight-fitting lid and reduce heat to low. Cook rice, undisturbed, until liquid is absorbed and rice is tender, about 15 minutes. Remove from heat and let stand, covered, 5 minutes. Fluff rice with a fork, then transfer to a large bowl and stir in cheese, butter, scallions, 3/4 teaspoon salt, and 1/4 teaspoon pepper until cheese is melted. Cool, stirring occasionally, 15 minutes, then stir in eggs until combined well. Stir together bread crumbs and remaining 1/2 teaspoon salt and 1/4 teaspoon pepper in another large bowl.
Working in small batches, drop rounded tablespoonfuls of rice mixture into bread crumbs, rolling to coat and knocking off excess, then transfer to a tray. Heat 1 1/2 inches oil in a 4-quart heavy pot over moderately high heat until it registers 365°F on thermometer, then fry fritters in 4 batches, stirring occasionally, until golden, about 3 minutes per batch. Transfer with a slotted spoon to paper towels to drain. Return oil to 365°F between batches.

Cooks' notes:
·Rice and cheese mixture can be made 1 day ahead and chilled, uncovered, until completely cooled, and then covered. ·Fritters can be fried 4 hours ahead and chilled, uncovered, until cooled completely, then covered. Reheat 1 inch apart in a large shallow baking pan, uncovered, in a 325°F oven until hot, 15 to 20 minutes.

3. Lempeng nasi
Sumbet Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
3 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak masak (mat guna minyak zaitun)
Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba!!.

4. Keropok nasi

Keropok Nasi Perisa Bawang Putih
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
3 cwn nasi (tanpa kerak)
1 cwn tpg ubi kayu
3 ulas bawang putih
2 sk garam
pewarna yg secukupnya -warna ikut suka
minyak utk mengoreng

Cara
1.Kukus nasi sehingga nasi lembut sedikit - anggaran 10 min
2.Sementara itu tumbuk bawang putih dgn garam hingga lumat
3.Tumbuk pula nasi yg telah dikukus dgn bawang dan garam yg ditumbuk tadi hingga nasi agak hancur.
4.Dalam bekas uli campuran nasi yg telah tumbuk dgn memasukkan tpg ubi sikit demi sikit hingga tepung habis.Uli rata adunan tersebut hingga menjadi sebati...adunan ni mmg agak lembik.
5.Ambil anggaran 2 sudu besar penuh adunan/doh dan letakkan diatas plastik utk digentel bulat dan kemudian dibentukkan memanjang sedikit.Guna plastik utk memudahkan adunan dibentuk dan adunan tidak melekat ditangan.Buat beberapa ketul sehingga semua adunan habis.
6.Rebus air hingga mendidih. Masukkan adunan yg digentel tadi. Bila doh dah terapung, angkat dan sejatkan seketika sampai air pada doh kering.
7.Sapukan rata pewarna disetiap doh dgn menggunakan hujung jari atau berus.Pewarna tidak perlu dicampurkan dgn air.Biarkan doh seketika sampai warna kering.Kalau tak suka pewarnapun boleh, biarkan kerpok putih tanpa warna.
8.Potong doh tipis-tipis dgn menggunakan pisau...part ni yg susah sikit sbb doh masih lembik.Pegang doh kemas2, barulah dipotong tipis. sesekali sapukan sedikit minyak di pisau utk mengelakkan doh melekat di pisau.Setiap keping doh yg dipotong tipis diletakkan dlm dulang lebar sekeping2 dan jgn dibiarkan bertindan.Doh yg dipotong tebal akan lambat kering bila dijemur nanti dan bhg tepi kerpok akan keras.
9.Jemur potongan doh...nak cepat jemur bawah matahari sehingga doh betul2 kering dan menjadi spt kerpok kering.Kalau panas terik...jemur dalam satu hari.
10.Panaskan minyak yg byk dan goreng kerpok ini spt goreng kerpok ikan.Kerpok nasi akan kembang.Sejatkan minyak dan siap utk dimakan

5. Nasi goreng

Mcam2 jenis nasi goreng kita boleh buat....nasi goreng cina, nasi goreng pataya, nasi goreng kamung, nasi goreng USA....dan lain...


Nasi goreng ikan masin sempoi

Semangkuk nasi
1 keping isi ikan masin - hiris kecil
1 biji bawang besar cincang
4 ulas bawang putih cincang
Sayuran pilihan
2 sb cili kering kisar
2 biji telur
2 sb kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan ikan masin. Tumis hingga garing. Masukkan cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur berubah warna dan tak sedap.
Selepas itu tutup api dan pindahkan nasi ke mangkuk hidangan.


6. Bubur nasi/bubur lambuk

Kalau dah ada stok nasi sejuk tu boleh jer jadikan bubur lambuk.atau bubur nasi. Masukkan jer nai tu dalam periuk dan tambah air banyak dan.rebus balik nasi tu sampai kembang atau jadi bubur. Nak jadikan bubur lambuk tambahkan jer la apa yg patut.

Boleh rujuk resepi buur lambuk kat link dibawah ni
http://zulfadreamland.blogspot.my/2016/05/bubur-lambuk-hubbyku-sayang.html?m=1

7. Kuih serabai


By: Delila, My Resepi
Hidangan: Untuk 4 orang

Bahan-bahan
500 gram tepung beras
300 gram nasi - kisar bersama sedikit air
1 1/2 biji kelapa - gunakan air suam utk memerah santan, jadikan 1 liter
1 1/2 sudu kecil mauripan / baking soda
Garam secukup rasa

Caranya

1. Campurkan mauripan/baking soda dengan santan suam. Kacau sebati dan campurkan ke semua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam. Kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara. Kalau nak lagi mudah masukkan saja dalam blender dan kisar hingga hancur dan halus.

2. Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak. Kalau tak der acuan macam saya guna je kuali/belanga yang berlekuk tu.

3. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Tutup dengan tudung hingga masak. Buat hingga habis adunan.


Dah siap dan boleh dimakan dengan kuah durian/serawa durian, kari ayam atau sambal tumis.

8. Pankek nasi
Sumber Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 keping daging burger ayam jenama "RAMLY"
1 biji bawang besar saiz sederhana, diadau
1 ulas bawang putih, dicincang
1 pokok kecik daun sup hiris
2 biji telur
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil
Sos kegemaran
Sedikit minyak untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos dan minyak, kacau rata2 dan ketepikan. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dan lenser dengan sedikit minyak. Kemudian sendukkan 1/4 atau 1/5 bahagian dari adunan tadi, ratakan dalam non-stick pan.
Masak hingga permukaannya sedikit kering, terbalikkan secara berhati2 dan masak lagi 2-3 minit atau lebih untuk mendapat permukaan pancake yang garing. Alih dalam pinggan dan buat hingga habis.
Hidangkan dengan sos kegemaran anda...


9. Roti nasi


Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air - kurangkan jadi 80 ml jer
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.-

**Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Nota:

Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit,

10. Rice pudding (puding nasi)


Old Fashioned Creamy Rice Pudding
Source Allrecipes.com

1 1/2 cups cooked rice 
2 cups milk, divided 
1/4 teaspoon salt 
2/3 cup golden raisins (optional) 
1 egg, beaten 
1/3 cup white sugar 
1 tablespoon butter 
1/2 teaspoon vanilla extract

Combine cooked rice, 1 1/2 cups milk, and salt in a saucepan over medium heat; cook and stir until thick and creamy, 15 to 20 minutes. Stir remaining 1/2 cup milk, golden raisins, beaten egg, and white sugar into the rice mixture; stirring continually. Continue cooking until egg is set, 2 to 3 minutes. Remove saucepan from heat; stir butter and vanilla extract into the pudding.


11. Arancini (Italian rice balls)
Source Allrecipes.com

Ingredients

2 eggs
1/3 cup grated Parmesan cheese
1 tablespoon dried parsley
1/4 teaspoon freshly ground black pepper
1 teaspoon salt
1 quart water
1 teaspoon salt
1 cup uncooked white rice
1 1/2 cups dried bread crumbs
2 cups olive oil

In a medium bowl, whisk together eggs, cheese, parsley, pepper, and 1 teaspoon salt. Cover and refrigerate.
Pour water and 1 teaspoon salt into a large saucepan and bring to a boil. Stir in rice and reduce heat to low. Cook rice until water is almost absorbed, stirring frequently. Remove from heat and slowly pour in egg mixture, stirring rapidly to prevent egg from scrambling. Allow rice mixture to cool for 1 hour.
Pour bread crumbs into a pile on one end of a cutting board. Dampen hands and roll rice mixture into 1 inch balls, then coat each one with bread crumbs.

In a small, deep skillet, heat olive oil to 350 degrees F (175 degrees C). (Should have enough oil to completely cover rice balls.) Fry rice balls 6 at a time, turning as needed to ensure even browning. Drain on paper towels and serve warm

12. Rice bakes
Tuna and rice bake
Foodtolove.com.au

Ingredients

3 cupscooked rice
425 gcan tuna, drained
2 cupsbaby spinach leaves
4 green onions, sliced
3/4 cuplight sour cream
2 eggs, lightly beaten
1 cupgrated tasty cheese
1/3 cupchopped semi-dried tomatoes
1/2 lemon, juice
1/3 cupfresh breadcrumbs
1/3 cupgrated parmesan cheese
salad, to serve

Steps
Tuna and rice bake

Preheat oven to hot, 200°C. Arrange 4 individual ramekins on an oven tray.
In a bowl, combine rice, tuna, spinach and onion. In a jug, whisk together sour cream and eggs. Season to taste. Add to rice mixture with half tasty cheese, tomatoes and juice. Mix well.
Spoon mixture evenly between prepared ramekins. In a bowl, combine remaining tasty cheese, breadcrumbs and parmesan. Sprinkle evenly over each. Bake for 15-20 minutes, until topping has melted. Serve with salad.

13. Rice cakes

Tuna rice cake
Foodtolove.com.au

Ingredients
Tuna rice cake

2 tspolive oil
1 brown onion, finely chopped
2 clovesgarlic, crushed
2 cupswhite medium-grain rice cooked
425 gflaked tuna can, drained
310 gcan corn kernels, rinsed, drained
4 green onions, thinly sliced
3 beaten eggs
1/2 cupgouda cheese, coarsely grated

Steps


Heat 2 teaspoons of olive oil in a deep 20cm frying pan, cook 1 finely chopped brown onion and 2 crushed garlic cloves until onion softens. Combine onion mixture with 2 cups cooked white medium-grain rice, tuna corn kernels, green onions and beaten eggs in a large bowl.
Heat same pan, add rice mixture, press down gently. Sprinkle with gouda cheese. Cook, covered, 10 minutes. Preheat grill, grill about 10 minutes or until browned lightly.

Monday, October 3, 2016

Roti Jala Kuah Durian


Menjala di subuh yang hening. Sedap lembut kejadiaan roti jala yang diadun dengan susu Dutch Lady Pure Farm ni. Pagi2 ni nak buat kuah durian takde santan, jangan susah hati. Guna jer susu Dutch Lady Pure Farm. Kuah durian tu cukup lemak berkrim dengan susu. Sedap.

Mungkin ada yang akan kata, tak suka minum susu macam tu jer. Ada bau la, rasa tak best la. Kalau family tak suka minum susu, boleh cuba perbagaikan kegunaan susu dalam masakan. Jadi tak la risau family tak cukup nutrisi. Susu ni selain sedap diminum, ianya juga mengenyangkan...cukup untuk memberi kesegaran dan tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari.

Tak sempat nak banyak roti ni.....masing2 tadah pinggan kat tepi dapur. Sedap sangat diorang kata.

Roti jala pandan

3 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz A
2 cawan susu/santan
1 cawan air perahan daun pandan
Sedikit garam
3 sb minyak/mentega cair

Kisar sebati. Tuangkan ke dalam acuan roti jala. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga alirannya lancar untuk dijala.

Panaskan non-stick pan dan mulalah menjala. Lepas jala biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung atau lipat ikut citarasa.


Kuah durian lemak manis

3 cawan isi durian (nak letak seketul2 pun boleh)
3 cawan santan/susu
1 sb tepung gandum (bancuh ngan 1/4 cawan air) - optional utk dapatkan kuah yg lebih pekat
1 helai daun pandan disimpul
gula dan garam secukup rasa

Satukan semua dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
Hidangkan dengan roti jala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...