Sunday, July 27, 2014

Nasi jintan putih dan kambing golek

Kambing dah masak dan dah dibuka foilnya...

kambing golek zulfaza

bahan2nya

seekor kambing (~15kg)
1 cawan madu
1 cawan sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 cawan sos perap smoke bbq pedas knor
5 labu bawang putih ditumbuk dengan kulit2nya
4 sb lada hitam ditumbuk lumat
3 sb serbuk cili
2 sb rosemary
2 sb pasley
2 sb oregano
2 sb basil
--
Cucukkan kambing dengan pisau. Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Lumurkan pada kambing dan masukkan sos tersebut di bahagian yang dicucuk2 tu dan urut2kan sedikit di bahagian sendinya. Perap semalam untuk hasil yang lebih baik. Balut kambing dengan aluminium foil. Bakar dengan api kuat selama 1.5 jam - 2 jam bergantung kepada saiz kambing.

Sosnya kalau ada lebih dibuang jangan. Masukkan dalam kuali atau periuk, tambah air sikit dan masak hingga mendidih. Bila kambing tu dah masak dan dihiris2, tuangkan jer sos ni atas kambing sebelum mengap...kambing nih...

Kalau rajin buat la sos lada hitam, kalau sos perap nih tak cukup....atau gandakan kuantiti sukatan di atas.

Ni nssi jintan putih....salah satu variasi nasi arab...


CUMIN RICE

4 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam dan toskan
1 tsp yellow food coloring
4-5 kuntum bunga cengkih*
3-4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
1/2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
1-2 biji cili hijau*
1 biji loomy* (tak boh pon tak apa)
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1 1/2 cawan air)
________________________________

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.

Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 2-3 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya. 

Bila dah hampir kering nampak lubang2 air di permukaan nasi tu, titiskan pewarna kuning dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Sementara menanak nasi, panaskan arang kecil(sebesar anggur pon ok) hingga berbara.

Buka penutup periuk, susunkan ayam di atas nasi dan masukkan mangkuk kecil, letakkan bara di dalamnya.

Dengan pantas tuangkan sesudu besar minyak masak pada arang dan cepat2 cover periuk menggunakan aluminium foil dan penutup periuk kemas- kemas supaya asap terperangkap dan tak dapat keluar.
Biarkan selama 2-3 minit, buka penutup periuk dan aluminium fol, keluarkan arang, biarkan nasi.
Tunggu selama lebih kurang 5 minit baru angkat.
Gemburkan sedikit dengan menggunakan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan.
Sedia untuk dihidangkan bersama salad, salsa tomato dan maraq kegemaran anda.

kalau takde yg readymade boleh guna resepi homemade ni...

Baharat (Saudi Mixed Spices) Recipe

1/3 cawan serbuk lada hitam
1/4 cawan serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan s clove powder 
1/3 cawan cumin powder
2 camt serbuk buah pelaga 
1/4 cawan nutmeg powder
1/2 cawan paprika powder (sweet paprika)
1/3 cawan Masala curry powder (tak pedas dalam tin ijau)
1/4 cawan dried limes/loomy powder (limau kering)

Mix all ingredients.
Simpan daalm bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...