Thursday, July 17, 2014

Biskut untaian kasih/mutiara

Ni bentuk sebenar biskut untaian kasih ni....tapi disebabkan acuan saya tu besar sangat akhirnya saya tukar jadi bentuk dahlia dan warnanya pun dah jadi pink.......hahaha....

kat bawah tu ada resepi2 lain yg boleh dipilih...

Resepi fb

A

250gm mentega
100 gm gula ising
1 sb susu tepung
1 st Esen vanila

B

350 gm Tepung jagung

Caranya

Pukul bahan A hingga selama 1 minit. Masukkan bahan B dan adun sebati hingga jadi doh yang lembut. Terap acuan dan hias dengan coklat chip. Bakar 150 c selama 15 minit.



BISKUT UNTAIAN KASIH
Oleh : Ckin Azizan

250 gm mentega atau margerin
1 cawan gula halus
Secubit garam ~ bergantung pada butter kalau butter bergaram tak payah letak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla 
Choc Cips, manik atau chery merah dan hijau untuk hiasan

1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
4 sudu besar susu tepung 
1 1/2 cawan tepung gandum

Kaedah Penyediaan

Satukan bahan tepung dan ayak
Dalam bekas pemutar, putar  mentega dan gula hingga kembang
Tambahkan telur dan esen vanilla dan putar hingga pucat

Masukkan Tepung sedikit-demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut dan boleh di tekan dalam acuan.
Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak
Masukkan doh dalam piping bag dan letakkan nozel bintang pecah
Tekan atad dulang pembakar hingga habis
Letakkan choc cip, manik atau cherry sebagai mata atau hiasan
Bakar selama 15  ~ 20 minit
Sejukkan atas redai setelah masak  dan simpan  dalam bekas kedap udara.

BISKUT UNTAIAN MUTIARA
Bahan-bahannya:
Bahan A 
250 g butter..juga bole gunakan Buttercup
3/4 cawan gula halus( kurangkan sedikit pun lg bagus)
1 biji kuning telur

Bahan B
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan tepung ubi 
sedikit garam untuk rasa lemak
(sekiranya nak tmbh gebu lebihkn tepung ubi n klo nak rangup lebihkan tepung jagung)

Cara-caranya
1) satukan bahan Adan kacau hingga sebati..
2)masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh lembut sepeti samperit
3) masukkan ke dalam acuan dan tekan di atas dulang pembakar dan masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 180c l/kurang 12-20 minit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...