Saturday, August 2, 2014

Kari kerisik

Kari kerisik ayam kampung
by zulfaza love cooking

Bahan2nya

1 ekor ayam kampung potong 16
3 biji kentang belah 4
1/2 kg santan pekat (@ santan dari sebiji kelapa)
4 sb kerisik
3 sb serbuk kari ayam
*6 ulas bawang putih
*10 biji bawang merah
*3 inci halia
3 tangkai daun kari
4 sb air asam jawa pekat
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumbuk lumat *. Tumis * hingga naik bau. Masukkan daun kari. Tumis sampai layu. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air asam jawa. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang. Kacau sebati. Ayam akan keluarkan air...masak seletika hingga ayam separuh masak.

Masukkan santan dan tambah air secukupnya. Masukkan kerisik. Masakkan sehingga ayam dan kentang empuk. Perisakan dengan garam secukupnya. Biarkan memekat sedikit jika suka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...