Sunday, September 28, 2014

Ikan masak gulai masam (Masakan Perak)

Masakan orang perak.....antara lauk kegemaran masa kecik....
Bahan2nya
5 ekor ikan bawal putih
1/2 biji labu air - kupas kulit, buang biji dan hiris
Boleh letak bendi juga
10 biji cili padi
3 biji cili merah
2 biji tomato belah 2/4
4 ulas bawang merah
1 ketul kunyit hidup
1 sb serbuk belacan  ( saya simpan belacan di bakar hingga kering dan dihancurkan)
2 batang serai diketuk
1 batang bunga kantan
Daun kesum (kali ni tak letak)
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa 
Air secukupnya

Cara2nya
Tumbuk cili, bawang, belacan dan kunyit hidup hingga lumat (tak perlu halus sangat)
Masukkan ikan, bahan tumbuk, serai, labu, bendi dan air ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam. Masukkan tomato, biarkan sebentar sebelum tutup api.
Ni hasil tuaian semalam dari ladang sekangkang kera....kunyit hidup...
Smlm semangat mengemas dan menyemai benih pokok.....terfikir nak cabut kunyit yg menjadi2 tu sbb stok kunyit hidup dah habis.....sekali belek kat pangkalnya rizom kunyit tu dah terkeluar2....korek sikit jer dah dapat banyak tu.....alhamdulillah sukanya hati....tak sia2 berbudi pada tanah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...