Wednesday, September 10, 2014

Homemade Sos Cili,Tomato dan Sos Tiram

Homemade Sos Cili,Tomato dan Sos Tiram

Sumber: As-Salahuddin Smart Tahfiz School

Bagi yang ingin membuat Sos Cili, Tomato dan Sos Tiram sangat mudah dan sedap boleh mencuba resepi ini. Boleh dicuba pada hujung minggu ini!

~~ Resepi Sos Cili Sedap!

Bahan-bahan:

200g Cili merah besar (buang biji jika tidak mahu terlalu pedas)
2-3 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cuka epal (cuka buah-buahan lain pun boleh)
2 sudu besar tepung jagung organik/non GMO (bancuh dengan air)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara
1. Kisar halus cili merah.
2. Masakkan cili kisar di atas dapur.
3. Masukkan bawang putih cincang dan cuka epal.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan air tepung jagung sebagai pemekat.
6. Tunggu sejuk sebelum simpan dalam botol.
7. Boleh simpan di dalam peti ais sehingga 3 minggu.

*Nota: jika ada buih ketika masak cili boleh buang buih tersebut.

~~ Resepi Sos Tomato Enak!

Bahan-bahan:

10 biji tomato 
1 biji bawang besar Holland (bawang merah besar juga boleh)
3 sudu besar cuka epal (cuka buah-buahan lain pun boleh)
2 sudu besar tepung jagung organik/non GMO (bancuh dengan air)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara
1. Kisar halus tomato dan bawang.
2. Masakkan bahan kisar di atas dapur.
3. Masukkan cuka epal.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan air tepung jagung sebagai pemekat.
6. Tunggu sejuk sebelum simpan dalam botol.
7. Boleh simpan di dalam peti ais sehingga 3 minggu.

*Nota: jika ada buih ketika masak tomato boleh buang buih tersebut.

~~ Resepi Sos Tiram Lazat!

Udang dan Sotong secukupnya.
2-3 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cuka epal (cuka buah-buahan lain pun boleh)
3 sudu sos cili
2 sudu besar tepung jagung organik/non GMO (bancuh dengan air)
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara
1. Rebus udang dan sotong sehingga mendidih.
2. Tapis air rebusan udang dan sotong.
3. Dalam periuk lain masak air rebusan dan masukkan bawang putih cincang serta cuka epal.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga mendidih.
5. Masukkan air tepung jagung sebagai pemekat.
6. Tunggu sejuk sebelum simpan dalam botol.
7. Boleh simpan di dalam peti ais sehingga 3 minggu.

*Nota : Udang dan sotong yang sudah direbus boleh disimpan untuk masakan lain.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...