Thursday, February 4, 2016

Ayam Masak Cendawan Shitake (Chinese style)

Kekadang buntu nak masak apa. Dua tiga menjak nih anak2 tak begitu selera  nak makan.... Nak bagi selera sikit kena masak lauk ayam....ayam...ayam.... Ayah umminya pulak tak berapa nak larat makan ayam.....ayah takde leh la layan lauk ayam selalu... bagi stok ayam weekend aritu ada separuh lagi...

Minggu lepas beli cendawan shitake kering...musim nak raya china ni cendawan tu banyak kat pasaran....ada offer lak. Kita pun apa lagi...ambil kesempatan sama macam jiran2 china kita...hehehhehe.

Saya godek resepi dari blog famf-tower...ringkas jer bahan dan senang disediakan...harap2 anak2 suka...

Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC

300g ayam (potong kecil)
1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
5 batang cili kering 
5 butir bawang putih (ketuk jer)
halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
lada putih secukup rasa
Air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.

Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.

Ayam masak cendawan ni saya tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...