Sunday, June 12, 2016

Sup daging tumis darat dan ikan goreng jer untuk sahur

Semalam ada rewang dan berbuka puasa di surau. Jadi takde la masak apa2 untuk berbuka. Waktu sahur baru la masak masakan simple2. Dalam masa tak sampai setengah jam saya sediakan sup daging dan ikan goreng. 

Nampak macam sempat ke........nak defrost ikan dan daging kemudian nak rebus daging sampai empuk. Sempat kalau ikut cara saya. Daging tu saya dah rebus dulu dengan sedikit halia......kemudian saya hiris dan simpan beku. Air rebusannya saya simpan berasingan. Pagi2 saya tak perlu defrost....terus masukkan daging dan air rebusanya dalam periuk, tutup dan masak hingga air cair semula. Sementara tu saya rendam ikan dan tukar airnya selalu sambil kupas bahan yg patut untuk sup.

Bila ikan dah nyah beku saya goreng. Sambil tu saya tumis darat bahan2 sup dan tuang ke dalam periuk daging tadi....

Memang dalam tempoh setengah jam semuanya siap terhidang untuk sahur...alhamdulillah.



Sup daging tumis darat @ ZLC

1/2 kg daging - rebus empuk dan hiris.
Dah hiris masukkan ke dalam periuk air rebusan semula.
3 biji Kentang belah 4
2 biji tomato di belah 4
Hirisan daun ketumbar

Bahan tumis

1 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Masukkan kentang di dalam periuk sup dan rebus hingga empuk.
Tumis bahan tumis hingga naik bau dan bawang keperangan. Tuang dalam periuk sup. Perisakan sup dengan garam secukup rasa dan seketul kecil gula batu. Sebelum tutup api masukkan tomato dan daun ketumbar. Biarkan seketika dan tutup api.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...