Sunday, June 12, 2016

Charchoal Cream Puff With Creamy Cheesy Custard


Permintaan anak2. Weekend ada masa lebih boleh la layan. Sorang nak brownies, sorang nak makan nasi lemak, nak pasta cabonara, cream puff....ermmm.....ayah pun nak makan burger pulok....dah macam restoran pulak boleh order macam2 menu yer....

Charcoal Cream puff with creamy cheesy custard @ ZLC

Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
1 sk serbuk bamboo charcoal @ serbuk koko hitam (optional)
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit cream puff
untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk


kastad keju berkrim filling

2 cawan susu/krim masakan - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
125 gm cheedar cheese
1 sb mentega

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega dan keju. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...