Monday, June 20, 2016

Moreh 14: Sandwich telur dan sandwich sardin

Hidangan ringan untul moreh. Kekadang kalau dihidangkan menu yang berat sangat tak termakan. Masing2 kalau ikutkan dah makan masa berbuka...makanan berat...nasi dan macam2 lagi. Jadi pilihan hidangan ringkas seperti kuih muih, bubur dan sandwich ni lebih sesuai.





Sandwich telur

Inti telur

4 biji telur rebus - kupas kulit dan hancurkan
2 sb mayonis
1/4 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan gaul rata.


************
Sayuran pilihan

Daun salad
Timun
Tomato


Sandwich sardin

Untuk Inti sardin

1 tin sardin - toskan kuahnya, buang tulang dan hancurkan
Sedikit garam
Cili padi atau cili merah buang biji dan cincang kecil
Bawang besar cincang kecil
Sedikit perahan limau
Tomato buang biji dan cincang kecil
Mayonis (pilihan)

Satukan dan gaul rata

**********
Sayuran pilihan

Daun salad
Timun
Tomato




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...