Thursday, June 16, 2016

Sahur 11: Serunding Halia


Menu sahur ringkas kegemaran anakanda... Patutnya malam tadi lepas berbuka nak buat tapi terlupa. Bangun sahur baru la teringat projek yang terbengkalai....

Buat serunding ni yang beratnya nak mengacau masa bahannya masih basah....bila dah nak masak....airnya sume dah kering, ringan jer mengacau... buat halianya sekilo kot...tapi bila dah kering jadi serunding dapatnya sebekas kecil jer....itu pun dah campur dengan bilis....  Jadi la....boleh tahan seminggu pun kira ok. Nanti rajin boleh buat lagi.😅😅😅.

Puasa2 ni elok makan serunding halia ni. Boleh legakan perut yg berangin sebab makan macam2 masa berbuka.


Serunding halia @ ZLC

*1 cawan halia yg telah parut halus dan diperah air (airnya jangan buang - simpan dlm peti sejuk - boleh masukkan dlm teh susu atau bancuh dengan air suam bersama madu untuk buang angin dlm badan)
*2 cawan ikan bilis  yg ditumbuk halus
*Cili padi yg ditumbuk halus secukupnya (kalau nak buat lauk untuk orang pantang tukarkan dengan lada hitam)
Garam secukup rasa (kalau bilis tu jenis masin tak letak garam pun ok)

Campur * dan goreng dengan minyak yang banyak sampai garing.
Angkat tos kan
Dan tabur garam secukup rasa dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...