Friday, June 10, 2016

Iftar 4 :Nasi Arab Lamb haneth @ ArRaihan

Iftar hari ni disurau berhampiran. Ada imam yg dibawa dari syria. Juadah yg dihidangkan hasil sumbangan ahli kariah...macam2 ada. Menu utama nasi arab haneth kambing dan ayam bakar pun hasil sumbangan kariah. Set nasi dihidangkan dalam talam....satu dulang untuk 8 - 10 orang.......macam best jer.

Tak mau taip panjang -panjang...selebihnya biar gambar sahaja yg berbicara...




Lamb haneth

Sup

750 g daging unta tanpa tulang (saya guna kambing - lamb shoulder)
2 helai bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/2 sk serbuk jintan putih
1/4 sk serbuk pelaga
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk ketumbar
1 biji tomato- buang kulit dan di dadu besar
Air secukupnya untuk merebus daging

Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker/atau periuk biasa, rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Asingkan daging unta dari supnya, Taburkan daun sup serta bawang goreng dan ketepikan.



Daging unta (kambing - lamb shoulder)

2 sb cumin powder*
1/2 sk serbuk kunyit*
1 sk coriander powder*
1 sk Arabic mixed spices*
garam secukup rasa*
2 sb air sup/rebusan
2 sb minyak masak
aluminium foil

Campurkan kesemua bahan bertanda* hingga sebati. Di atas aluminium foil, lumurkan pada daging  yang direbus tadi hingga sebati.(aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok).. Tuangkan air sup/ rebusan di atas daging unta. Tuangkan minyak di atasnya dan tutup aluminium foil rapat- rapat dengan mengelimkan kesemua bahagian. Bakar dlm oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer.


Nasi

2 cawan beras basmathi- cuci, rendam dengan
2 tbsp garam selama 30 minit dan toskan (saya guna pusa cream)

1/2 sk pewarna makanan kuning#
1/4 sk pewarna makanan merah#
1 kuntum bunga cengkih*
1/2 sk serbuk pelaga..kalu tak de letak 2 biji buah pelaga jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 sk cumin powder*
1/3 sk cumin seeds*
1/3 sk Arabic mixed spices
3 sb minyak masak
2 sb minyak sapi
1/2 sk air mawar
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..(saya guna 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air + sup)

Panaskan minyak dan ghee dalam periuk. Masukkan bahan bertanda dan tumis sekejap hingga naik bau. Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas secukupnya. Biar di atas api besar dan tutup dengan penutup periuk. Biar hingga benar- benar mendidih. Masukkan yellow food coloring dan kacau sedikit. Tutup periuk semula dan biarkan hingga separuh kering. Perlahankan api. Campurkan rose water bersama sedikit yellow dan red food coloring. Tuangkan di atas nasi gemburkan sedikit dan tanak seperti biasa hingga nasi masak dengan api yang paling perlahan selama 15 minit. Padamkan api dan biarkan selama 5 minit baru digembur sedikit dengan garfu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...