Tuesday, June 7, 2016

Iftar 1: Kari ikan mayong, cendawan goreng rangup dan spaghetti bolognese citarasa melayu


Kari ikan dan cendawan goreng rangup serta spaghetti jadi menu pilihan hari pertama ramadhan kali ni. Cendawan goreng tu permintaan anak-anak. Spaghetti tu menu pilihan selain nasi....kekadang hari pertama ni seleranya macam2, saya kena penuhi kerana meraikan anak-anak yg berusaha menahan lapar sepanjang hari.

Spaghetti tu boleh dihidangkan sahur nanti juga....pepagi buta tu susah sikit nak makan nasi...ada alternatif lain, selera lebih terbuka.


Kari ikan mayong
zulfaza love cooking

1 ekor ikan mayong (anggaran berat sekilo)

2 sb rempah kari ikan (saya guna rempah basah) (kalau guna rempah serbuk, campurkan drngan air asam utk jadikan paste
4 tangkai daun kari)
4 cawan santan
1/4 cawan asam jawa
*10 ulas bawang merah
*8 ulas bawang putih
*2 inci halia
garam secukup rasa
tomato belah 2 atau 4
Terung bulat bela 4
1 sk halba campuran (ikan)
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Tumbuk lumat *. Tumis * dan halba campuran hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Masukkan santan dan terung. Masakkan hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan. Masak hingga ikan masak. (Jangan lama sangat, anggaran 10 minit). Perisakan dengan garam. Masukkan tomato dan tutup api.

*****************


Resepi cendawan goreng @ ZLC

1 kilo cendawan
1/2 kilo tepung gandum
Nak sedap campur tepung jagung
Nisbah 1 bahagian tepung jagung : 3 bahagian tepung gandum

Blander:

1 labu Bawang putih
1 sb Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
200 ml air

Cara2nya

Campuran bahan blender dengan cendawan. Jika cemdawan sikit, Masukkan campuran cecair tu sikit2. Ramas2 cendawan sampai cendawan tu sebati.

Jgn terlebih adunan cecair tu. Bila dah sebati baru tuang tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng..gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja.Angkat dan toskan.

***************


Spaghetti bolognese citarasa Melayu @ ZLC
Pedas berasap....

Penyediaan pasta

1 paket spaghetti
Sedikit minyak masak
Air
Garam

Satukan semua bahan. Rebus pasta hingga lembut dan toskan.

@@@@@@@@@@@@@@

Penyediaan kuah spaghetti

4 keping dada ayam - cincang
2 kg tomato (kisar halus)
3 biji bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
2 biji tomato potong kiub
3 batang celery potong kecil
3 paket cendawan butang
1 sk Pasley flake
1 sk basil
1 sb oregano
1 sb lada hitam tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
4 sb cili kering kisar (nak tambah cili padi pun boleh)
Minyak/mentega untuk menumis

Panaskan minyak/mentega. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkam cili dan lada hitam dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan tumis ayam masak. Masukkan tomato kisar.  Gaul rata dan biarkan mendidih dan memekat.

Masukkan cendawan dan celery serta tomato hiris. Masak hingga mendidih. Masukkan bahan2 lain. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika dan tutup api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...