Sunday, June 19, 2016

Iftar 13 : puding kek chia seed


Hari ni saya tak masak lauk untuk berbuka sebab ada majlis berbuka di surau. Saya cuma sediakan puding kek jer satu loyang. Saya tambah chia seed utk pilihan yang lebih menyihatkan....

Saya terlupa nak letak tepung kastard.....bila dah tuang dalam loyang baru perasan. Dah terlewat...tak dapat nak buat apa2 dah...kira redho je la... Tapi tak letak pun ok jer rasanya...

Resepi ni asalnya dari blog dapurku sayang tapi saya ambil dari blog secubit garam. Saya olah resepi ni ikut citarasa.

Kek ni kalau ada warna warni lebih meenyerlah pudingnya tapi saya guna kek oren jer...warna tak cantik sangat la jadinya...


PUDING KEK CHIA SEED

Bahan-bahan :
2 cawan air
1 tin nata de coco (saya tambah)
1 sudu besar serbuk agar-agar
1 sb chia seed (saya tambah)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1 ketul gula batu (saya tambah)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair ( saya guna santan cair jer)
1 sk esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)

Cara:

Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut masukkan chia seed dan biarkan ia mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.

Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Masukkan/susunkan kek yg sudah dipotong tadi.



Tuangkan adunan tadi ke dalamnya.
Sejukkan sebelum hidang.

***adunan agar2 ini juga sesuai utk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...