Wednesday, June 8, 2016

Moreh 2: Puding laici dan puding peach


Menu ringan dan ringkas untuk moreh @ Ar Raihan. Sumbangan ahli kariah. Puding peach dan laici. Selepas terawih, pekena puding sejuk camni, terasa nyaman tekak. Berbuka dah makan berat, jadi kalau dihidangkan sesuatu yg berat juga mungkin dah kekenyangan yg berlebihan. Hidangan ringkas begini sesuai sebagai menu moreh atau hidsngan prncuci mulut kala berbuka.


Puding laici ZLC

10 gm agar-agar serbuk
4 cawan (1 liter) air
3/4 cawan gula (boleh ubahsuai kuantiti ikut citarasa)
1 ketul gula batu
Secubit garam
3 sudu besar kordial laici
1/2 tin susu cair
1 tin besar buah laici - potong kecil

Masak agar-agar dengab air dan gula hingga hancur dan mendidih. Masukkan kordial, laici bersama airnya sekali. Tutup api. Masukkan susu dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam acuan pilihan dan sejukkan hingga beku. Sedap dimakan sejuk.


Puding peach  ZLC

10 gm agar-agar serbuk
4 cawan (1 liter) air
3/4 cawan gula (boleh ubahsuai kuantiti ikut citarasa)
1 ketul gula batu
Secubit garam
1/2 tin susu cair
1 tin besar buah peach - potong kecil

Masak agar-agar dengab air dan gula hingga hancur dan mendidih. Masukkan peach bersama airnya sekali. Tutup api. Masukkan susu dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam acuan pilihan dan sejukkan hingga beku. Sedap dimakan sejuk.

Nota : Sukatan air bergantung kepada jenis dan jenama agar-agar. Kebiasaannya jumlah air yg digunakan ditulis pada bungkusan agar-agar. Kebiasaannya saya akan lebihkan sedikit sukatan air berbanding yg dinyatakan di bungkusan.

Penggunaan gula batu adalah untuk mengelakkan agar2/puding berair selepas dipotong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...