Monday, June 20, 2016

Iftar 14/2 : Sambal goreng jawa dan serunding kelapa


Menu berbuka air tangan hubby. Ini jer......haah ini jer. Tak masak macam2 sebab ada jiran yang hadiahkan nasi ambeng. Jadi hubby masak ni jer la. Masak menu ni pun saja jer nak tambah2 lauk dan simpan untuk sahur nanti.


Sambal goreng jawa
5 keping tauhu potong kecil - goreng dan toskan
2 keping tempe (ikut saiz tempe) potong kecil - goreng dan toskan
1 biji kentang (saiz besar) potong kecil - goreng dan toskan
2 genggam ikan bilis basuh dan toskan - goreng dan toskan
4 sb cili boh
Fucuk (kulit tauhu kering tu) - kali ni tak masukkan sbb stok yg ada tu dah rosak dan suun secukupnya (saya guna dua pack) - rendam hingga lembut
Bawang besar dipotong bulat
3 sb kicap pekat
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
* 5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
________________
Tumbuk lumat *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkab kicap pekat dan sos, kacau rata. Perisakan dengan garam.
Masukkan suun dan fucuk, kacau hingga rata dan suun dan fucuk lembut.
Masukkan bahan2 lain kecuali bawang. Kacau hingga sebati. Sebelum tutup api masukkan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.


Serunding kelapa

1/2 biji kelapa parut
3 sb cili boh
* 6 biji bawang merah
* 5 ulas bawang putih
 *2 sb udang kering
Garam dan gula secukup rasa
-------
 Tumbuk lumat *. Masukkan kelapa parut, * dan cili, gaul rata. Perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. (kalau terlalu kering, masukkan sedikit air agar semua bahan sebati.
Masak hingga serunding agak kering. Kacau selalu supaya tak hangit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...