Thursday, June 16, 2016

Iftar 10 : Asam pedas ikan pecah periuk, telur masin dan sayur bayam tumis

Hidangan berbuka puasa hari ni hasil dari air tangan hubbyku sayang. Tukar selera la pulakkan....hari2 ummi yg masak rasa jemu la pulak... Balik dari opis, saya terus siapkan bahan. Dah siap jer bahan2 tu saya terus kejutkan hubby yang terlena sebentar kat ruang tamu tu.... Bang....ooo....bang.....bangun masak....hihihi.



Anak2 saya paling suka kalau ayah diorang yg masak asam pedas.....makan bertambah2, sampai nasi pun licin.

Gambar telur masin tak ambil pun.... Kalau makan asam pedas atau kari saya suka kalau ada telur masin. Telur masin yg saya beli dari pasar raya kali ni sedap. Tak masin sangat putihnya....tapi nasib2...kekadang masin banget...tak boleh nak habis sorang makan sebelah.



Asam Pedas Abang Sado JJ Sedap Tak Hengat @ ZLC

I kilo ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin/pecah periuk dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa
----
Tumis cili hingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak)
Masukkan air asam dan air.
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan, bendi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan.


Sayur bayam tumis

1 ikat sayur bayam - potong kecil
1 mangkuk cendawan tiram - carik2kan
Sedikit ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah/hijau (lupa nak letak)
2 sb sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Tumis bawang2 dan bilis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan sos tiram. Kacau rata. Masukkan sayuran. Masak hingga sayur layu. Kemudian masukkan cili dan perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api dan terus pindahkan ke mangkuk hidangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...