Thursday, June 2, 2016

Variasi apam manja - apam manja pandan


Apam manja yang boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Setakat ni saya dah share 4 jenis variasi, yang perisa pandan inti kelapa, inti kastard jagung, perisa coklat, dan kalini perisa pandan inti kastard pandan juga..... Kuih ni macam2 variasi boleh kita buat....nak buat warna warni pun boleh. Tapi biasanya saya lebih suka guna pewarna alami.

Kuih ni comel dan rasanya sesedap rupanya. Bagi anak2 saya, yang berperisa coklat lebih menarik selera....mungkin lain kali saya nak buat perisa pedas macam inti karipap tu pulak....

Kuih ni saya buat utk minum petang semalam. Balik kerja, adun sekejap bahan2....dah siap...tak sampai sejam masa diambil....rezeki jiran2 dan geng ngeteh hubby kat surau juga....

Kuih ni sesuai sangat dibuat jualan....buat macam gerai apam balik tu...kan....mesti laris....perbagaikan perisa kulit dan intinya....kebaboooommmmm.....gerai apam manja beratoq kita bagi nama.......;-)

Lebihan adunan yang kehabisan inti kastard saya gantikan dengan kaya. Cuma kaya segera ni saya kurang gemar sebab terlalu manis sebab beli yang readymade....kalau homemade, kemanisannya boleh kita control. Tapi dah tinggal sedikit sangat kulitnya untuk saya buat tambahan inti...tak berbaloi....nasib la sapa yang kena habiskan inti kaya ni....



Apam manja pandan @ ZLC

Penyediaan inti kastard pandan
Penyediaan adunan tepung untuk kulit


Penyediaan apam manja




Apam manja pandan @ ZLC

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

1 cawan tepung naik sendiri (boleh guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
1 bj telur
1/4 cawan gula
1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan air, tapis)
1 sudu besar minyak masak
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat.

BAHAN UNTUK INTI kastard:

1 cawan tpg gandum
1 sudu besar jagung
1/2 cawan gula (boleh tambah ikut citarasa)
11/2 cawan susu
1/2 cawan air pandan
1-2 biji telur (Optional)

cara:

satukan semua bahan.

dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)

Untuk inti kelapa

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...