Wednesday, June 8, 2016

Iftar 3 : Daging masak merah ala thai, ayam lemon madu dan sayur campur


Menu hari ni....ada citarasa thai juga terselit disitu........awal2 ni idea masih banyak....selera pun masih ok....nanti dah masuk minggu ketiga dan seterusnya makin tak tau nak masak apa...selera pun makin menurun. Semangat nak masak pun berkurangan....masa tu nanti entah satu lauk jer dah mencukupi....

Minggu cuti sekolah ni anak2 sibuk nak sama2 membantu ummi memasak. Jadi ummi bagi tugasan potong sayur. Macam2 saiz dan bentuk jadinya dan pastinya seleraknya lebih la pulak...tapi diorang tengah seronok dan semangat nak menolong...kena raikan...bagi jer kerja2 yang sesuai......happy bukan main bila menjamah hidangan yang ada air tangan mereka sendiri....😃😃😃😃.


Daging masak merah ala thai ZLC

1 kg daging (rebus empuk dengan sedikit halia dan hiris nipis)
8 ulas bawang putih - ketuk
5 inci halia - hiris kecil
1 batang karot - potong kecil
Kacang panjang
3 biji bawang besar - potong 6 (wedges)
15 biji cili padi - ketuk
5 sb sos tiram
5 sb sos cili
5 sb sos tomato
3 sb sos ikan
Sedikit pewarna merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis halia, bawang putih dan cili hingga naik bau. Masukkan sos2. Gaul rata. Masukkan daging. Gaul rata. Masukkan pewarna. Gaul lagi. Tambahkan sedikit air rebusan jika perlu. Madak hingga daging sebati dengan pewarna. Masukkan sayuran dan masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang besar. Gaul seketika dan tutup api.



Resepi ayam ni saya intai dari dapur citarasawan....Saya olah sedikit ikut citatasa.....
.masam2 manis rasanya.

Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken @ ZLC

Bahan-bahan

300 gm Isi Ayam - Hiris Atau Potong
3 sb Tepung Gandum
1 sb Tepung Jagung
1 sb Kicap
Sedikit Lada Sulah (saya guna lada hitam)
Saya tambah garam secukup rasa
Minyak Untuk Menggoreng

Gaul isi ayam bersama kicap, garam dan lada. Perap sebentar.  Kemudian gaulkan bersama campuran tepung gandum dan tepung jagung hingga bersalut rata.  Goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.

Sos Lemon Madu

2 Sudu Besar Jus Lemon
1 Sudu Besar Madu
1/3 Cawan Air
1 Sudu Kecil Tepung Jagung + 1/2 Sudu Tepung Kastard (Larutkan Dengan Sedikit Air)
1 biji cili merah (buang biji dan hiris kecil)
Sedikit Garam

Didihkan air, jus lemon dan madu.  Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam.  Masak hingga sos hampir pekat (jangan likat), Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul hingga bersalut rata.  Hidang bersama salad.


Sayur campur ZLC

300 gm Udang
3 biji bawang besar - hiris
10 ulas bawang putih - ketuk
Kobis
Putik jagung
Bunga kobis
Kacang panjang
Cendawan tiram
Karot
Cili merah - hiris
Garam secukup rasa
3 sb sos tiram
Minyak untuk menumis

Potong sayuran ikut citarasa. Tumis bawang dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan sos tiram. Gaul sebati. Masukkan udang dan sayuran. Gaul rata dan perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika gingga sayuran empuk dan udang masak. Masukkan cili hiris sebelum tutup api. Kacau rata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...