Friday, June 10, 2016

Kuiih cucur jawa aka mexican hat aka penyaram



Anak kecik pulak request nak makan cucur jawa bila tengok drama bibik2 ku kat tv....macam2 la time bulan posa ni....pantang nampak iklab atau rancangan masakan kat tv. Semua nampak sedap...semua teringin. Kuih ni sebenarnya dah dibancuh sejak semalam...tapi tak dan nak goreng....jadi saya posponed untuk berbuka hari ni....


Kuih ni kategori kuih traditional....nak jadi topi kena goreng dengan teknik yg betul....kalau dipotong dalam kuih tu nampak bersarang2 macam kek sarang semut tu....kira sukses la bila jadi macam ni...


Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
650 ml air (200ml air panas+450ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak secukupnya


Cara2:

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.

Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.Tapis adunan dan perap semalaman.

Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ceduk satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu.

Klik link untuk melihat cara-cara menyediakan kuih cucur jawa ni

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...