Tuesday, June 14, 2016

Iftar 9 : Sup ikan senohong, sambal tumbuk jawa dan telur masin


Menu biasa2 jer malam ni. Rasa dah penat sangat nak memasak. Mood pun dah ke laut... Anak2 pun dah mula kurang selera makan.


Sup ikan senohong @ ZLC

1 kg ikan senohong di potong jangan kecil sgt nanti hancur
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
**5 biji buah pelaga
**1 kuntum bunga lawang
**1 batang kulit kayu manis
3 batang celery - hiris
1 batang lobak merah - potong kecil
1 biji tomato belah 4
1 paket suun dan fucuk (rendam lembut)
air secukupnya
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Serbuk lada hitam/putih jika suka

----------
Tumbuk atau hiris *. Tumis * dan **  hingga keperangan dan naik bau. Masukkan air dan sayuran. Biarkan hingga air mendidih. Masukkan ikan.

Biarkan hingga ikan dan sayur masak. Masukkan garam dan serbuk lada. Tutup api. Hidangkan dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.


Sambal tumbuk jawa @ ZLC

3 biji cili merah + cili padi secukupnya
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan

Goreng semua bahan. Mula2 goreng bilis dulu sampai garing - bila buih2nya dah kurang maknanya bilis dah cukup garing - angkat dan toskan. Lepas tu goreng pulak bawang2 dan cili sampai layu jer tak perlu sampai garing.(Bila goreng cili, bawang, kuali kena tutup sbb cili tu meletup).Toskan dan tumbuk kedua2 bahan goreng tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...