Monday, June 13, 2016

Iftar 8: Sambal tumis udang, ikan goreng dan sup makaroni lagend


Menu iftar hari ni biasa2 jer. Sambal tumis udang, ikan goreng dan sup makaroni lagend. Tiap kali masak sup makaroni teringat menu dewan makan kolej masa study dulu....masa tu nikmatnya dapat makan sup makaroni yg ada dua tiga biji jer tu...


Sambal tumis udang @ ZLC

1/2 kg udang sederhana - basuh bersih
15 biji cili kering - rendah atau rebus lembut dan kisar bersama 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih.
4 sb air asam jawa pekat
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak

Dalam kuali tumis cili kisar tanpa minyak hingga airnya hampir kering dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai dan daun kunyit. Kacau dan biarkan sebati seketika.
Tuangkan minyak masak dan kacau rata. Masak hingga pecah minyak. Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga udang masak sepenuhnya.

****menumis cili, bawang dll kisar tanpa minyak mengurangkan letupan kecil cili yg mengotorkan ruang memasak dan cili yg ditumis dengan minyak kemudiannya lebih cepat pecah minyak.


Sup makaroni @ ZLC

Bahan-Bahannya...

200 g makaroni
Sawi/Karot/bunga kobis/brocoli/kobis/celery/kentang/cendawan
Daun sup/bawang (optional)
5 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 1/2 inci halia (hiris)
2 liter air rebusan daging
Air secukupnya
Garam
-----------------
Tumis bawang, halia hingga naik bau.
Masukkan air rebusan, karot dan kentang.
Rebus 10 minit.
Masukkan makaroni dan rebus hingga lembut.
Masukkan garam dan sayuran. Masak hingga sayur masak.
Dah siap pun....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...