Friday, June 17, 2016

Iftar 11/2: Nasi goreng tomyam


Hari ni tetiba teringin makan nasi goreng tomyam. Buat sikit jer sbb lauk dah masak. Yang lain ni kekadang tak nak makan nasi goreng....cari nasi putih jer time berbuka. Tak nak bazir2....nasi sejuk baki sahur banyak lagi...semua pakat diet sahur semalam.


Nasi goreng tomyam @ ZLC

1 mangkuk nasi sejuk
15 ekor udang (nak campur sotong pun sedap)
2 sb pes tomyam
5 helai daun limau purut - hiris
2 batang serai - hiris halus (optional)
Hirisan cili padi/cili masak secukup rasa
Sayuran pilihan - karot/kobis/kacang/putik jagung dll
1 biji bawang besar - hiris
7 ulas bawang putih hiris
3 sb sos tiram (optional)
Garam secukup rasa
Minyak

Tumis bawang2 dan cili hingga keperangan. Masukkan serai dan daun limau. Masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata. Kemudian masukkan udang. Tumis hingga udang masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Goreng hingga bahan tumis sebati dengan nasi. Perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata. Akhir sekali masukkan sayuran. Goreng hingga sayuran masak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...