Monday, June 20, 2016

Iftar 15: Pengat sagu nangka madu


Pencuci mulut berbuka hari ni. Saya jarang buat pencuci mulut untuk berbuka sebab selalu ada kawan yang hampir setiap hari hantar kuih muih. Dua tiga hari ni dia balik kampung, tu yang saya buat juga la sedikit hidangan pencuci mulut. Kalau semalam hidanganya berasaskan sagu, santan, gula nisan dan nangka....hari ni pun sama...penampilan jer berbeza.


Nak buat pengat sagu ni mudah jer....kalau sagu tu terpulang  nak kepal bulat jer pun boleh atau acuan kecil. 


Pengat sagu nangka madu @ ZLC

1 cawan sagu - basuh dan tos guna penapis. Kemudian siram dengan air mendidih. Masuk dalam acuan pilihan, padatkan atau kepal2kan bulat2. Saya guna acuan lompang.

5 cawan santan
Gula nisan/melaka secukup rasa
Sedikit garam
Hirisan nangka madu

Satukan santan, gula dan garam. Masukkan sagu. Keluarkan sagu dari acuan. Masak hingga sagu jernih. Masukkan nangka. Masak selama 2 minit dan tutup api. Kacau selalu masa memasak untuk mengelakkan santan pecah minyak..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...