Friday, June 17, 2016

Iftar 11: Ikan senangin masak oren dan tauhu telur sos tiram


Arini idea dah ke laut.....dah tiap2 hari masak sampai tak tau nak buat menu apa. Sebelum masak, tanya jap kat pakcik google....kot2 ada resepi menarik. Jumpa satu resepi kat blog spice journey. Macam best jer....ikan senangin masak oren.....warna pun menarik gitew. Jadi masa pun tak banyak nak layan pakcik google lama2...terus la ke dapur dengan resepi pilihan...ikan masak oren. Namanya begitu bukan sebab bubuh buah oren tapi sebab warnanya oren....warna kunyit hidup dengan cili masak tu....menyerlah...

Menu kedua, menu yang dah lama tak buat...tauhu telur sos tiram. Simple tapi kalau beli kat kedai mahal jugak seketul.


Tauhu telur sos tiram @ ZLC

4 tiub tauhu telur - potong dan goreng, letakkan ke atas bekas hidangan.
4 sb sos tiran
1/2 sk serbuk lada putih/hitam
5 ulas bawang putih - ciincang halus
Air secukupnya + 1 sk tepung jagung
Minyak
Garam secukup rasa

Tumis bawang putih hingga keperabgan. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau sebentar. Masukkan campuran tepung jagung.  Perisakan dengan garam jika perlu. Masak hingga mendidih. Tuangkan ke atas tauhu yg telah digoreng tadi.


SENANGIN Masak OREN @ ZLC

BAHAN BAHAN :

3 ekor Ikan Senangin size sederhana
6-8 biji Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
6-8 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Halia *
1 inci Kunyit Idup *
3 batang Serai ~~ dititik
1/2 inci Lengkuas ~~ dihiris
1 biji Lemon/Limau Nipis ~~ ambil jusnya
1-2 biji Buah Tomato ~~ dibelah 4
200 ml Santan Pekat
Air Secukupnya ~~ ikutlah nak pekat camner
Sedikit daun Ketumbar
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Blend atau kisar semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dalam periuk yang bersesuaian. Tumis dulu serai, diikuti dengan bahan yang diblend tadi hingga keperangan dan naik bau.

Biarkan ia ditumis dengan api kecil sahaja. Masukkan sedikit garam dulu supaya ianya garing cantik. Setelah itu bolehlah masukkan air dan atau santan cair jika guna santan yang diperah. Masak seketika bagi rempah tu agak mesra.

Lengkuas yang dihiris tadi juga boleh dimasukkan. Selepas itu masukkan santan pekat. Bila gulai dah mendidih, masukkan ikan yang telah siap dibersihkan. Tuangkan jus lemon atau limau nipis ke dalamnya juga.

Bila ikan dah masak, masukkan daun ketumbar yang dipatah patah jer dan garam secukup rasa. Jangan masak lama sangat nanti ikan kita hancur, tak cantek. Lagipun ikan Senangin ni lembut jer. Akhir sekali masukkan buah tomato dan terus tutup api supaya buah tomato tu tak benyek. Siapp dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...