Monday, June 6, 2016

Roti John Jr untuk moreh 1 ramadhan


Moreh pertama Ar Raihan.....Roti John Jr.😃😃😃😃😃. Menu ni yang saya sediakan ni hasil sumbangan Admin Kongsi Resepi dan kariah surau Ar Raihan. Alhamdulillah.....moga bertambah berkat kehidupan penyumbang.....


Malam-malam awal ramadhan ni meriah surau-surau dan masjid...moga meriah juga hingga ke akhirnya...




Bulan2 puasa ni masa agak terhad. Tak sempat nak posing roti john tu cantik2....😰. Tapi Alhamdulillah, balik tray dah kosong.

Kali ni saya tak sempat buat roti....beli yg dah siap jer. Tapi saya sharekan juga resepi rotinya sekali.

RESEPI ROTI ZLC

600 gm tepung high protien
5 gm improver
50 gm gula
6 gm garam
30 susu tepung
1 sb ovellete
60 gm mentega
11 gm yis
350 gm air ais

Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli hingga sebati. Tambah mentega dan uli hingga doh licin dan elastik. Kalau guna BM, ikut instruction BM masing2.

Perap sejam. Tumbuk doh dan uli sedikit. Bahagikan doh ikit citarasa. Perap lagi hingga naik 3 - 4 kali ganda (saya biasa perap 2- 3 jam bergantung pada suhu)

Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius atay hingga keperangan. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.

Resepi Inti ayam Roti John ZLC

Kisar halus

2 bahagian dada ayam
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia

3 sb rempah kari (bancun dengan sedikit air hingga jadi paste)
3 sb cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Satukan semua bahan dan tumis hingga ayam masak. Saya tak guna air. Air dari ayam dan cili kisar tu dah cukup.

Bahan pelengkap ikut citarasa

Telur
Mayonis
Sos cili
Sos lada hitam/sos bbq pedas
Parutan keju

Hirisan :-
Kobis
Cili merah
Tomato
Timun
Bawang
Daun sup dan bawang

Cara penyediaan

Belah 2 roti. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti ayam, hirisan cili, daun sup dan bawang jika suka dan kocok sebati. Panaskan pan dengan sedikit minyak. Tuang adunan telur dan ratakan saiz roti yg telah dibelah 2. Tangkupkan roti ke atas telur. Biarkan seketika hingga telur masak. Setelah masak, angkat roti dan letak atas pinggan. Letakkan hirisan sayuran pilihan. Paipkan sos dan taburkan cheese. Kapitkan roti, potong dan sedia dimakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...