Friday, June 10, 2016

Iftar 5 : Ayam goreng bawang putih, ikan tongkol masak sambal bersantan dan sup sayur tauhu telur


Menu iftar hari ni menu biasa2 jer....ringkas2.


Ayam goreng bawang putih @ ZLC

Bahan-bahan

300 gm Isi Ayam - Hiris Atau Potong
3 sb Tepung Gandum
1 sb Tepung Jagung
1 sb Kicap
2 sb serbuk bawang putih (boleh ganti dengan satu labu bawang putih tumbuk lumat)
Sedikit Lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak Untuk Menggoreng

Gaul isi ayam bersama kicap, garam dan lada. Perap sebentar.  Kemudian gaulkan bersama campuran tepung gandum dan tepung jagung hingga bersalut rata.  Goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.


Ikan tongkol masak sambal bersantan @ ZLC

4 keping ikan tongkol (1/2 ekor) - gaul dengan serbuk kunyit dan garam - goreng sebentar

1 biji bawang besar hiris bulat (dah hiris lupa nak letak)
5 sb air asam jawa
2 cawan santan
1 helai daun kunyit dicarik dan.simpul
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Kisar
8 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci atau lebih kurang sebesar ibu jari lengkuas
15 biji cili kering rendam lembut

Panaskan minyak. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau sebati. Masukkan santan. Kemudian masukkan ikan dan daun kunyit. Kacau sebati. Biarkan mendidih. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.


Sup sayur tauhu telur @ ZLC

5 cawan air rebusan ayam (saya guna air rebusan tulang ayam - isinya saya goreng lada hitam dan buat ayam lemon madu dua hari lepas) - kalau takde ble ganti dengan kiub ayam
1 ikat sawi jepun
2 paket cendawan enorki
1 batang karot
3 tiub tauhu telur
1 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar/5 ulas bawang merah- hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - hiris
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Tumis cili, bawang2 dan halia hingga naik bau.
Masukkan air rebusan. Biarkan mendidih. Masukkan sayur dan tauhu. Perisakan dengan garam. Biarkan hingga sayur masak. Pindahkan ke bekas hidangan setelah tutup api mengelakkan sayur terlebih masak/benyek/lembik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...