Monday, June 20, 2016

Iftar 14: Sago gula melaka

Hari ni terlebih rajin pulok. Awal2 lagi dah kacau sagu untuk dibuat hidangan pencuci mulut utk berbuka. Buat ringkas2 jer...sago gula melaka. Kuah santan utk sago ni saya masukkan hirisan nangka. Kasi terangkat sikit baunya.


Sago gula melaka @ ZLC

Bahan2nya

2 cawan santan pekat (dinginkan)
Hirisan nangka secukupnya (optional)
1 cawan air gula melaka (gula melaka dimasak dengan air dan daun pandan simpul) - dinginkan

200 gm sagu
2 liter air

CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago. (Kalini saya bilas separuh jer....separuh lagi saya biarkan kanjinya. Bila dah bilas saya satukan semula dan kacau sebati.)


Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran atau bekas besar. Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).

Untuk menikmatinya, keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan  dan curah air gula melaka secukupnya atas sago.........sedap dimakan sejuk...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...