Wednesday, June 8, 2016

Iftar 3/2 : Nasi goreng cendawan pattaya


Memenuhi permintaan anakanda.....menu kami sekarang banyaknya ditentukan oleh anak2. Ikut selera dan keinginan diorg. Macam2 permintaannya. Kalau diorg minta menu yang ummi tak pernah masak pun akan ummi cuba cari resepinya....insya Allah....😅😅😅.

Hari ni mula2 minta nasi goreng usa.....kemudian tukar fikiran nak makan nasi goreng pattaya pulak. Yg ummi belum tunaikan permintaan nak spagetthi cabonara gara2 iklan cabonara preggo yg kerap sangat keluar kat tv. Satu2 yer anak oooooiiii. Tak termakan nanti.

Gambar yg dah kena bedah tak sempat ambil...gambar nasi gorengnya pun tak sempat nak shoot......


Nasi goreng cendawan pattaya @ ZLC

2 pot nasi sejuk
1 biji bawang holland cincang halus
1 sk serbuk lada hitam/putih
3 sb sos tiram
250 gm cendawan tiram
Isi ayam atau udang (nak letak perencah lain pun boleh)
1 batang karot potong kecil2/dadu
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau seketika. Masukkan perencah pilihan (isi ayam/udang/fish ball dll). Masukkan katot. Kacau rata dan biarkan seketika hingga perencah masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Kacau dalam 5 minit. Kemudian masukkan cendawan dan perisakan dengan garam secukupnya.Bila cendawan dah masak tutup api.

Kulit pattaya (telur dadar)

6 biji telur
1/4 cawan air
3 sb mayonis

Pukul sebati.
Panaskan pan. Tuang sedikit minyak. Tuangkan adunan telur secukupnya dan layang pan macam nak buat kuih ketayap. Biar telur masak. Tutup api. Sendukkan nasi goreng dan letak di tengah2 telur dadar. Lipat 4 segi. Ambil pinggan telungkupkan ke atas telur yg dilipat tadi dan satu tangan tahan pinggan dan satu lagi terbalikkan pan......dan siap tu picitkan sos cili atas nasi pattaya kita......siap di makan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...