Tuesday, June 7, 2016

Iftar 2: Paprik udang, Tomyam Udang dan Telur Bistik


Menu ala thai malam ni. Paprik udang, Tomyam Udang dan Telur Bistik jadi hidangan kami sekeluarga. Mula2 nak masak 2 lauk......paprik dan telur bistik tu jer tapi anak request nak makan tomyam. Bulan2 posa ni tak sampai hati nak hampakan diorang....layan jer selera anak2...raikan usaha diorang jalani ibadah.

Masak tomyam tu pun dah dekat berbuka.....panas2 baru la betul2 kaw....





Telur bistik @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/3 cawan ayam cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
1 sk rempah kari
1/4  cawan mix vege
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. 

Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.

Kulitnya

3 telur
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam/lada putih
4 sb air

Satukan telur, air, mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk.

Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Letakkan inti dan lipat telur menutupi inti. Ambil pinggan dan telangkupkan telur ke atas pinggan hidangan. 


RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI

Bahannya :-

2 kg udang
*5 biji bawang besar dipotong bulat
*1 labu bawang putih diketuk
*5 inci halia dihiris halus
*8 batang serai dititik/ketuk
3 lobak merah dipotong
 bunga kobis
kacang panjang
Putik jagung
Capsicum
(Cili padi diketuk jika ingin pedas)
15 helai daun limau purut
5 sb cili kering kisar
5 sb sos tiram
5 sb sos cili
5 sb sos tomato
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Caranya :-

Potong sayuran ikut suka.
Tumis bahan * sehingga wangi, Kemudian masukan cili kering kisar, masak hingga minyak pecah. Masukan bahan sos dan letak sedikit air, kemudian masukan sayuran. Kacau sebati dan biar seketika. Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Kacau sebentar dan semua dah masak siap dihidang.


Tomyam Udang

15 ekor udang
*1 batang karot - potong bulat
2 biji tomato belah 4
1 biji bawang besar - hiris bulat
*4 ulas bawang putih - hiris
*2 inci halia - hiris
*2 batang serai - ketuk
*5 helai daun limau purut - hiris
1 pokok daun ketumbar - hiris (takde stok)
*10 biji cili padi - potong kecil (tak letak)
*1 sb perencah tomyam siam
*1 sb perencah tomyam knor
1 mangkuk santan
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
______

Dalam periuk, masukkan 1 cawan air dan santan. Tambah bahan *. Masak hingga mendidih. Masukkan udang dan perisakan dengan garam, gula. bawang dan tomato. Kacau dan biarkan didih seketika. Tutup api. Masukkan daun ketumbar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...