Saturday, June 18, 2016

Sahur 12 : Kuih Ketayap aka kuih gulung

Lama dah tak buat kuih pagi2 bulan posa nih.....😉. Pagi ni buat la sikit lepaskan ngidam dan bagi anak2 makan....lapik perut, asyik jamu nasi jer jemu jugakkan. Ketayap pagi ni putih jer...daun pandan ada tapi tak sempat nak kisar. Nak yang xpress jer.


Kuih ketayap ZLC

Untuk kulit

3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)


Kisar sebati semua bahan hingga sebati.

Untuk inti
(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih + gula melaka (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masukkan kelapa parut, air, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...