Friday, July 1, 2016

Iftar 23: Masak lemak putih suun & bayam, ikan pari bakar cicah sambal kicap


Menu hari ke 23......masak lauk biasa2 aje.... Masing2 dah malas nak makan menyebabkan umminya pun malas nak masak macam2.


Masak lemak putih suun dan fucuk

2 paket suun + fucuk - rendam hingga lembut
5 biji telur - didihkan air dan pecahkan telur di dalamnya. Biarkan hingga telur masak dan toskan.
Sedikit karot
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili merah - hiris
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan kecuali santan pekat dan garam. Masak hingga didih dan fucuk lembut. Masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

Untuk pari bakar tu saya buat simple aje. Saya gaul pari dengan kunyit dan garam. Masukkan dalam foil (alas daun kunyit atau pisang kalau ada). Bakar hingga masak atas kuali atau pan...nak bakar guna arang pun sodap.

Sambal kicap tu lagi sempoi punya version. Bahan2nya cuma kicap + hirisan cili padi + hirisan bawang + perahan limau.

Siap semua bolehlah ngap setelah azan maghrib berkumandang yer.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...