Sunday, July 3, 2016

Iftar 27: Ikan Goreng Sos Plum


Ikan goreng sos plum jadi salah satu pilihan hidangan berbuka malam tadi. Ikan tu ada yg fillet dan ada yg sekor besar. Masak dua ekor sebab ramai nak makannya. Yang fillet tu hidang untuk anak2. Senang diorang nak makan sebab dah takde tulang.

Disebabkan macam2 nak dimasak, sos ikan ni saya sediakan lebih awal. Dekat2 nak berbuka baru goreng ikannya.


Ikan goreng sos plum

Untuk sos

2 inci halia - hiris
1 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili benggala saiz kecil (warna merah, hijau, kuning) - potong kecil
6 batang putik jagung - hiris
6 batang kacang sweet peas
1 biji oren - buang kulit dan potong ikut citarasa
5 sb sos tiram
5 sb sos cili thai
1/2 botol kecil sos plum
2 sb cili kering kisar
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah mjnyak.
Masukkan sos2 dan sedikit air.  Tumis sebati. Masukkan sayuran. Dan yumis hingga masak. Akhir sekali masukkan buah oren. Gaul rata dan tutup api.

Untuk ikan

1 ekor ikan (lebih kurang sekg)
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagung

Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.taburkan tepung jagung di kedua2 belah dan lumur rata.

Letakkan ikan di dalam bekas hidangan dan siramkan sos di atasnya. Taburkan hirisan daun ketumbar jika suka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...