Monday, July 25, 2016

Rendang Ayam Minang


Rendang untuk jamuan raya surau. Biasa saya masak rendang pedas. Bosan pulak masak menu sama jadi saya buatkan rendang minang pulak.

Resepi saya guna pak engku punya yang dah di olah oleh kak noor. Saya kurangkan sikit cili sebab takut oedas sangat budak2 nak makan. Saya masak untuk 10 ekor ayam...kalau buat sekor nanti bahagi jer la bahannya yer.

Rendang ayam minang @ ZLC

Bahan-bahan A:
10 ekor ayam – dipotong ikut suka
40 batang serai – dititik
3200 ml santan pekat + 20 cawan air
1500 gm kerisik
30 helai daun kunyit – dipotong halus
30 helai daun limau purut – dibuang urat tengahnya
30 keping asam gelugor
20 sudu besar gula merah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan B (rempah tumis):
20 inci kulit kayu manis
50 biji buah pelaga
40 kuntum bunga cengkih
30 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan C (dikisar):
30 biji bawang besar
50 ulas bawang putih
50 biji cili merah – dibuang biji tengahnya
60 biji cili padi (hijau + merah)
20 inci halia
10 inci lengkuas
20 inci kunyit hidup

Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):
10 sudu besar serbuk ketumbar
10 sudu teh serbuk jintan manis
10 sudu teh serbuk jintan putih
10 sudu besar serbuk cili (saya guna cili kisar)
10 sudu besar serbuk lada hitam (tak letak banyak sangat)
Sedikit air

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan B sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan C dan serai yang dititik, masak sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan D dan kacau rata.
4. Setelah terbit minyak, masukkan santan, ayam & kerisik. Tambahkan dua cawan air.
5. Masukkan gula merah, gula putih, garam dan asam gelugor. Masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut. Kacau rata.
6. Biarkan ayam mereneh di atas dapur. Gunakan api sederhana. Selepas ayam masak dan kuah sedikit pekat, barulah ditutup api.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...