Friday, July 1, 2016

Biskut smarties


Masa jalan2 cari idea mengukis terpandang pos Aznie khasri kat wall dia. Tengok cara dan bahan simple sangat. M&M mini pemberian kawan yg ke langkawi masih belum terusik (sebab saya sorokkan dari anak2 supaya diorg tak makan - 😎😎😎😎). Jadi ini la hasilnya...buat pulak terbesar sikit jadi kembang setaman kukis ni....

Saya buat mentega 250 gm sebab malas nak potong2. Resepi asal guna 200 gm. Jadi bahan2 lain pun saya kena la tambah juga kuantitinya sebanyak 25 peratus.


Biskut smarties @ ZLC

(200) 250 gm mentega
(50) 63 gm gula ising
(150) 188 gm tepung gandum
(50) 63 gm tepung hagung
1 sk esen vanilla

Hiasan
Smarties secukupnya (saya guna M&M mini)

Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan tepung. Adun rata.
Masukkan dalam piping bag dengan nozzle pilihan..
Paipkan ke atas loyang. Hias smarties.
Bakar hingga keperangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...