Tuesday, July 5, 2016

Iftar 29 : Pengat pisang


Pencuci mulut request dari SIL juga. Bila buat teringat kat Surau sebelah rumah. Ada jemaah yang request untuk moreh tapi takde stok pisang. Dah hujung2 ramadhan ni dapat juga request untuk masak pengat pisang sebab pisang abu yang SIL bawa balik dari kampung dah masak ranum.



Pengat pisang ZLC

1 sikat pisang masak - yg ni saya potong 2 jer sebab pisangnya comel - didihkan air dan celur selama 5 minit - toskan.

Santan pekat 200 ml
6 cawan air (secukupnya)
1 ketul gula melaka
1/4 cawan sagu - basuh dan tos
Gula dan garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan masak hingga sagu jernih. (Kalau pisang dah terlalu masak dan agak lembut, masukkan pisang setelah sagu hampir kembang atau tak perlu celur dahulu.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...