Friday, July 29, 2016

Nasi lemak tumis dengan sambal bilis


Menu utama majlis raya @ ArRaihan baru2 ni selain laksa johor. 


Nasi lemak tumis special

bahan2nya

5 pot beras basmati (nak guna beras biasa pun boleh jer) - basuh dan rendam 30 minit
6 1/2 pot air santan
1/2  sk biji halba
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
(Optional)
Setelah air nasi kering, renjiskan dengan 3 sb air yg dibancuh dengan 1/3 sk pes pandan. Dan biarkan nasi masak sepenuhnya. 

Bahan tumis

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sb mentega
3 helai daun pandan simpul
2 batang serai ketuk
3 sb minyak masak

Hiris bawang dan halia. Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. (Setelah nasi masak, biarkan selams 5 minit sebelum di masukkan bahan tumis dan di kareh.) Tuangkan ke dalam periuk nasi setelah nasi masak. Kareh rata.


Resepi sambal bilis enak banget

2 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
4 biji bawang besar
30 biji cili kering dipotong dan direndam hingga lembut semalaman (boleh juga rebus atau rendam dengan air panas mendidih)
1 batang serai diketuk
1 biji bawang holland - potong bulat
garam dan gula secukup rasa
4 sb air asam jawa pekat
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar dan cili hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali untuk mengelakkan percikan. Kacau sekali sekali supaya tidak hangit. Masukkan gula secukup rasa (bagi mendapatkan sambal yg merah cantik).
Tumis seketika. 

Masukkan serai dan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan 5 minit. Kemudian masukkan pula ikan bilis. Masak hingga sambal pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa dan tutup api.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...