Sunday, July 3, 2016

Iftar 27 : Menu Pembuka Selera Kampung


Menu kampung special untuk atuk dan family adik  yang baru balik dari bahrain. Nak hidang nasi arab macam tak kena pulak untuk diorg yang memang duduk kat negeri arab. Lagi pun atuk tak suka nasi berperisa. Tak sangka anak buah yg dok kat sana pun suka makan pekasam.

Lauk lain pun ada juga selain menu ni.....ayam panggang dan ikan sos plum yang saya share resepinya di N3 sebelum ni. Adil la untuk tetamu lain yang dok kat malaysia ni.....ada menu istimewa lain sebagai pilihan.


Ikan pekasam goreng (kak ita 😀)

Ikan pekasam
Cili padi hiris
Bawang hiris

Goreng ikan pekasam dengan minyak sederhana banyak api  sederhana. Setelah hampir garing masukkan bawang dan cili padi. Goreng hingga ikan garing.


Sambal tempoyak ZLC (kak ita😀)

5 biji cili merah
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
2 sb tempoyak

Tumbuk cili hingga lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan ke dalam mangkuk bersama tempoyak. Kacau rata.


Pucuk ubi rebus

Daun ubi dibuang tangkainya
Garam dan gula secukupnya
Air untuk merebus

Didihkan air. Masukkan daun ubi. Rebus empuk dengan garam dan gula secukuonya.


Sup sayur ZLC (hubbyku sayang)

Bahagian tulang ayam (saya guna leher dan kaki ayam)
Cendawan enorki
1/4 cawan Makaroni
3 pokok sawi jepun
1 batang lobak merah

Bahan tumis

1 biji bawang besar hiria
2 inci halia hiris
6 ulas bawang putih hiris
1 sb rempah sup/kurma

Rebus tulang ayam hingga empuk. Dalam kuali tumis bahan tumis hingga naik bau dan bawang keperangan. Masukkan rempah.....tumis hingga pecah minyak dan masukkan bahan tumis ke dalam periuk rebus tulang. Kemudia masukkan makaroni dan lobak merah. Rebus hingga makaroni dan lobak empuk. Masukkan sayuran lain dan rebus seketika, perisakan dengan garam secukup rasa dan tutup api. Pindahkan sup ke dalam mangkuk hidangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...