Sunday, July 3, 2016

Iftar 26 : Sambal udang ayah dan kurma telur ummi

Ni menu hari ke 26 aritu tapi malas nak menaip....lambat update. Dah ujung2 puasa ni makin malas nak fikir menu dan masak. Sambal udang tu hubby yang masak...saya masak kurma telur jer sebab masa tu sibuk buat badak berendam untuk moreh pulak.

Selera pulak anak2 makan lauk simple2 macam ni...tapi tak boleh ulang siaran selalu...tak berusik sudahnya nanti.


Sambal tumis udang @ ZLC

1/2 kg udang sederhana - basuh bersih
15 biji cili kering - rendam atau rebus lembut dan kisar bersama 2 biji bawang besar, 7 ulas bawang putih. 2 inci halia
4 sb air asam jawa pekat
2 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak

Tuangkan minyak masak. Tumis bahan kisar hingga airnya pecah minyak dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai. Kacau dan biarkan sebati seketika.

Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga udang masak sepenuhnya.



Kurma telur ZLC

bahan2

10 biji telur direbus dan buang kulit ( kulit dia tabur kat pokok buat baja)
5 biji kentang kupas belah 4
2 biji tomato belah 4 (optional)
4 biji cili merah belah 2
3 biji bawang besar belah 4
*6 ulas bawang putih
*3 inci halia
*5 ulas bawang merah
2 sb serbuk kurma
rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang) - optional
3 cawan santan
3 sb air asam jawa pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk *. Panaskan minyak. Tumis * hingga naik bau. Masukkan serbuk kurma dan air asam. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan kentang dan santan. Kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah sedikit air jika kuah terlalu sedikit. Masukkan bahan2 lain dan biarkan selama 10 minit lagi...tutup api dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...