Friday, July 29, 2016

Kek Alunan Kasih


Kek anggun lagi seksi....😆😆. Buat untuk orang kemaman. Kenduri doa selamat kakak nak pegi haji....moga mendapat haji yang mabrur kepada semua jemaah haji musim 2016.


Kek alunan kasih @ ZLC

Bahan-bahan

250 gm mentega
5 biji telur gred A
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
3 sudu kecil baking powder
1 1/2 cwn gula halus
1/2 cawan segar/cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang

Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
Bahagikan tiga bahagian..campurkan pewarna merah jambu, kuning dan biru.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan kuning..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Masukan lapisan kedua..warna pink..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua


Masukan lapisan ketiga..warna biru..ratakan perlahan2.


Bakar lebih kurang 45min..170 Degree atau ikut oven masing2…


Inilah hasilnya setelah dipotomg. Terserlah kranggunan, keseksian dan kelazatannya....kan...kan...kan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...