Sunday, July 17, 2016

Roti arab pak tam dan kari ayam makcu


Dua tiga hari ni ramai pulak org like dan komen post roti arab N3 tahun lepas kat page Zulfaza Love Cooking. Bila tengok asyik muncul jer rasa teringin pulak nak makan. Pepagi lagi dah start mengadun dan menguli. Lebih kurang pukul 8 lebih siap semua terhidang. Hari ni roti arab cicah kuah kari ni bukan jadi rezeki kami sekeluarga jerr......anak buah dan kawan hubby yg kebetulan singgah dapat juga menikmatibya bersama.

Pagi ni mood terlebih rajin nak amik gambar step by step yg tak seberapa. Nak bagi orang senang nak ikut resepi mudah lagi sedap dari chef rosli ni.... Tak rugi cuba tau....share kat page pun untuk post ni dah lebih 5.5K. Roti ni tak perlu uli sampai elastik....agak2 sebati dan.tak lekat sgt kat tangandan.besen tu kira ok la..

Pastu sambil perap roti 30 minit tu kita ble prepare kari ayam untuk gu dengan roti. Kari siap roti pun sedia untul digoreng. Makan panas2.....perghhhhhh.....tak angkat muka uuuu...


RESEPI ROTI ARAB PAK TAM

500 gm Tepung gandum
40 gm Marjerin
50 gm. Gula pasir
10 gm Yis
1 biji. Telur
1 tsp. Double action baking powder @ baking powder .
50 gm Susu pekat manis
6 gm. Garam
220 gm Air sejuk

Cara-caranya :

1. Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan x perlu sampai elastik .
2. Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan .
3. Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray .
4. Timbang sehingga habis doh .
5. Perap doh bulat dlm 30 minit .
6. Selepas 30 minit , canai bulat leper ... jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia x mengelembung .
7. Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit .
9. Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit .
10. Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi .
11. Cara goreng ... siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung . Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing .
12. Boleh goreng sekali 3@4 biji sekali gus jika cepat .
13. Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak
14. Goreng hingga habis .


Kari ayam makcu

Bahan2nya

3 keping dada ayam potong kecil
3 biji kentang potong kecil
3 tangkai daun kari
2 sb rempah/pes kari

Hiris/tumbuk

3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Rempah tumis

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

3 sb yogurt
Atau boleh ganti.dengan 1 cawan santan pekat atau susu segar/cair dan 5 sb air asam jawa

Garam dan.gula perang secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


1. Panaskan minyak di dalam periuk @ kuali. Masukkan ayam dan kentang.

2. Goreng hingga air ayam kering dan ayam dan kentang sedikit keperangan.

3. Masukkan rempah tumis, daun kari dan bahan hiris. Tumis hingga naik bau.

4. Masukkan rempah/pes kari. Kacau sebati dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan air asam kalau guna santan/susu. Kacau rata dan biarkan seketika. Kalau guna yogurt, masukkan 1 cawan air.

6. Masukkan yogurt/santan/susu. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika ingin lebih kuah.

7. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

8 & 9. Sedia dimakan dengan hidangan pilihan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...