Monday, July 25, 2016

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri @ Surau ArRaihan

Jamuan hari raya anjuran surau berhampiran. Buat secara potluck.....macam2 juadah ada...sedap2. Menu utama saya sediakan....jiran2 ada yang datang membantu sediakan bahan2 masakan. Lepas subuh start masak, azan maghrib tutup api. Alhamdulillah....rahmat Allah turunkan pertolongan....kalau tidak menu utamanya tak sempat siap la jawabnya...kerja2 menghiris, mengupas, mengisar dan macam2 lagi dibantu oleh Ros, kak Fauziah, puspa, faezah, daniel, kakak dan anak2. Hubby pun kerja keras...basuh ayam 21 ekor u tuk rendang dan tempahan nasi arab esoknya, siang ikan 11 kg dan macam2 lagi. Tapi penat kami berbayar bila juadah siap dan dimakan dengan penuh kepuasan..... Terima kasih Allah....

Hujan lebat sebelah petang dengan kilat sabung menyabung menghentikan sekejap kerja2 memasak. Sebaik saja hujan berhenti baru la saya start menumis kuah laksa menggunakan 11 kg ikan mabong.

Meriah...kenyang....selebihnya biar gambar yang berbicara. Tak banyak gambar yang sempat dirakamkan sebahagiaannya menggunakan gambar yang dikongsi di group wasap....sibuk mengisi perut dengan macam2 hidangan lazat...😍😍😍😃😃😃. Syukur nikmat Allah yang tak pernah kurang buat kami semua.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...