Sunday, July 3, 2016

Sos BBQ ZLC Special


Sos BBQ ZLC special ni memang special. Kalau tidak takkan sampai dekat tengah malam pun orang tepon paksa suruh buatkan...😄😄😄. Saya siap bagi resepi suruh buat sendiri tapi tak mau. Nak saya buatkan juga...lebih 12 kg saya buatkan sos tu untuk majlis iftar kat surau tempat dia hari minggu lepas. Tapi lambat nak update post kat sini. Malas nak menaip dua tiga menjak nih.

Feedback Alhamdulillah...saya kekadang bulan posa ni risau jugak....kot2 terlebih masin...terkurang segalanya....


Sos ni saya biasa jual sekilo RM35. Boleh perap 4 ekor ayam atau kambing 6 - 8 kg. Berbaloi beli sos nih....ikutkan tak payah dah nak ada sos cicah2 lagi sebab ayam/kambingnya dah cukup rasa.

Walaupun resepi ni resepi rahsia ciptaan saya tapi kalau berkenan boleh jer Klik dilink ini untuk dapatkan resepinya 😘😘.....hehehe...(rahsia la sangat).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...