Thursday, July 7, 2016

Rendang Pedas Daging


Juadah raya yang sempat saya sediakan semalam. Badan tak berapa nak sihat...dah malam lara baru nak start merendang. Lepas iftar terakhir baru sibuk menenggek kuali.

MIL tak boleh makan pedas sangat jadi cili padi tu saya biarkan sebiji2. Sapa nak pedas boleh la tenyehkan ajer kat mulut memasing....hehehhe.


Rendang Pedas Daging ZLC

2 kg daging potong kecil
4 helai daun kunyit dihiris halus
8 helai daun limau purut dihiris halus
6 keping asam gelugur
Garam dan gula melaka secukup rasa
5 cawan santan pekat
1/2 kg kerisik

Bahan kisar

5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas
1 ketul ibu kunyit
30 biji cili kering (rebus lembut)
10 batang serai (hiris kasar)


Satukan semua bahan kecuali santan, garam dan gula ke dalam kuali. Masak hingga airnya hampir kering. Tambah santan dan garam serta gula melaka secukup rasa. Masak lagi hingga daging empuk. Jika daging masih liat setelah kuahnya kering, boleh tambahkan air dan masak lagi hingga daging betul2 empuk.

****Masak rendang ni tak boleh tinggalkan lama2....kena rajin kacau supaya tak hangit. Boleh guna cili padi bagi penggemar masakan pedas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...