Friday, July 1, 2016

Biskut Nestum Mentega Kacang


Sesi peghabihkan stok mentega kacang...maka terciptalah sekut raya ini.


Biskut nestum mentega kacang @ ZLC

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
120gm tepung jagung
40 gm nestum
250gm mentega
120gm gula perang/gula kastor
140gm mentega kacang (peanut butter)
1 biji telur
1 sudu makan esen vanila (optional)

Hiasan ikut citarasa

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan pukul rata.
3. Seterusnya masukkan esen vanila dan mentega kacang. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
4. Setelah itu masukkan tepung jagung dan adun rata. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan digaul rata. Akhir sekali masukkan nestum dan gaul sehingga menjadi doh dan sebati.  Doh telah sedia sekiranya ia tidak melekat di jari. Perap setengah jam.
5. Canai doh pada ketebalan 2cm dan terap menggunakan acuan bentuk bunga. Hias dengan hiasan pilihan.
6. Akhir sekali, bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 170°C. Apabila biskut telah masak, sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...