Monday, July 25, 2016

Nasi Minyak


Nasi minyak ni saya masak sabtu lepas. Anak buah minta tolong masakkan sebab family mertua nak datang beraya. Saya masakkan nasi jer...lauknya diorg masak sendiri.

Saya nyaris2 terlupa....janji suruh datang ambil pukul 12.30....saya teringat nak masak dah pukul 12. Kelam kabut saya...dah la beras kena rendam 30 minit.

Nasi ni kaler dia meriah sikit....pewarna kuning telur yang biasa guna untuk nasi minyak tu entah kemana letaknya. Jadi saya campurkan pewarna lemon dengan merah....hahaha....meriah nasi minyak saya kali ni.


Nasi minyak ZLC

16 cawan beras basmathi ( saya guna pusa cream) - basuh, rendam 30 minit dengan air dan 3 sk garam. Toskan.
20 cawan air campur 1 tin susu cair

Bahan tumis
5 kuntum bunga lawang
15 kuntum bunga cengkih
15 biji pelaga
5 batang kulit kayu manis
5 batang serai diketuk
5 helai daun pandan -  koyak dan simpul
3 biji bawang besar hiris halus
5 inci halia
1 labu bawang putih hiris halus

Garam secukup rasa
2 ketul kecil gula batu (
1/2 cawan minyak masak
2 sb minyak sapi


Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga keperangan. Masukkan air campur susu. Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga didih. Masukkan beras. Bila air dah mula mengering tuangkan pewarna di dalam lubang2 yang terbentuk pada nasi yg hampir mengering. Tutup periuk rapat2 dan kecilkan api. Masak selama 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum.buka penutup dan karih nasi perlahan2 dari tepi supaya tak patah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...