Monday, July 25, 2016

Laksa Johor


Musim laksa johor....menu raya tahun ni banyak pulak yang hidang laksa johor. Kitorang pun taknak ketinggalan.....menu ni jugsk yang jadi pilihan untuk majlis raya anjuran surau berhampiran.

Ramai juga yang tak pernah makan dan tahu pasal pasal laksa johor yang boleh dikategorikan dalam kategori laksa mewah.... Kos penyediaannya mahal dan bahannya pun macam2. Kebiasan orang jual laksa utara yang lebih murah kosnya. Last saya makan kat restoran banyak tahun lepas, harga satu hidangan lebih RM8. Tahun ni ada yang kata orang jual RM12 satu hidangan. Tak pelik la sebab saya sendiri sediakan memang kosnya jauh lebih tinggi daripada laksa utara dengan penggunaan spaghetti, ikan, udang kering, (ikut resepi yang betul2 guna ikan parang, udang segar & udang kering serta isi ikan masin kurau). Kalau buat untuk makan sendiri atau tempahan daripada org yang sanggup bayar harga tinggi boleh la buat full and authentic version....kalau tak buat yg kosnya sedikit rendah.

Kat sini saya share resepi dari dua2 versi...terpulang selera nak pilih yang mana. Dari segi rasa, versi harga rendah tu (walau tak serendah mana) pun dah cukup sedap (ikut komen tetamu yang makan, jauh lebih sedap dari yg dia makan di hotel....kembang jap idung akak).


Kepada yang tak berkesempatan datang ke majlis tempoh hari, meh sini kat blog akak ni....amik resepi dan buat sendiri....😆😆😆😆.

Update : Ikut kata chef obie sambal ori untuk laksa johor tak perlu letak bawang putih dan guna cili kering jer. Arwah abah suka juga buat sambal belacan guna cili kering...sedap. Syaratnya kena tumbuk dengan lesung batu...jangan guna pengisar letrik.....umphhhnya kurang.





Versi 1 (sumber mat gebu)
Saya guna versi ni tapi dah ubah suai sedikit.

Laksa johor

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)

800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus
Limau kasturi

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, kemudian  di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :-

Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, kisar halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, dan udang kering. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.

Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.

CATATAN MAT GEBU :-

Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk

4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!...



Versi 2 (sumber azlita masam manis)

Laksa johor

1 kg ikan parang/tenggiri

Penyediaan stock ikan

Ikan parang/tenggiri di cuci bersih, kemudian di rebus hingga empuk
Asingkan ikan dan air rebusan
Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya
Ambil tulang ikan, kepala dan ekor masukkan dalam blender.
Tambahkan air rebusan ikan tadi dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis
Buangkan hampasnya
Stock ikan dan isi ikan di ketepikan

Penyediaan stock udang
250 gm udang basah

Udang di bersihkan dan di asingkan isi dan kulit serta kepalanya
Kulit dan kepala udang kemudian di rebus dengan sedikit air
Kemudian kulit dan kepala tadi campurkan air rebusan dan di kisar halus
Kemudian tapis untuk dapatkan stock udang
Isi udang pula di kisar halus.
Ketepikan.

4 sudu besar udang kering

Rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
1 keping isi ikan kurau masin sederhana besar ~ di rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
Ketepikan

Penyediaan bahan kisar

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc halia
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut

Kesemua bahan di atas di kisar halus

Penyediaan rempah

2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar

Kedua-dua bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum
Kemudian di tumbuk halus


Lain-lain bahan yang di perlukan

2 sudu besar  rempah kari daging ~ ada juga yang menggunakan rempah kari ikan terpulang pada citarasa
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
1 biji santan pekat ~ atau 1/2 kotak santan KARA
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
1 batang serai ~ di titik
1 buku gula Melaka ~ sederhana besar
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Sekarang semua bahan dah pun tersedia, jom kita mula memasak

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai. Tumis hingga harum dan pecah minyak. Masukkan jintan dan ketumbar. Masukkan rempah kari dan tumis hingga rempah garing. Kemudian masukkan air rebusan udang dan ikan. Renehkan seketika hingga mendidih.

Kemudian masukkan santan dan udang kering kisar, isi udang, isi ikan dan isi ikan masin. Kacau sebati dan renihkan seketika.

Masukkan asam keping, gula dan kerisik. Kaccau rata. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum serta daun selasih. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Masak hingga kuah sedikit pekat.

Cara menyediakannya

Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan rempah dan kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.
SPAGHETTI

1 peket spaghetti
sedikit garam
sedikit minyak masak
air secukupnya untuk merebus

Panaskan air hingga mendidih
Kemudian masukkan spaghetti
Masak hingga spaghetti kembang, lembut dan empuk.
Ambil sedikit spaghetti dan rasa jika tiada lagi rasa keras bermakna ia dah empuk.
masukkan garam dan minyak
kacau rata
Kemudian toskan airnya
Spaghetti kemudian di gulung bulat, atau di lingkar memanjang 1 jengkal atau juga di simpul. Terpulang cara masing-masing.
Susun spaghetti atas kain muslin supaya bentuknya kekal.

Laksa Johor juga di makan bersama sambal belacan

SAMBAL BELACAN laksa johor

10 ~ 15 tangkai cili padi
2 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1 keping belacan bakar ~ anggaran besar 50 sen
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk semua bahan hingga halus
Perahkan jus limau kasturi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...