Tuesday, July 5, 2016

Moreh 19: Puding roti karamel


Puding roti karamel ala Cuba ni dah lama buat sebenarnya....cuma tak update kat sini sebab malas nak terjemahkan. Resepi ni saya adaptasikan daripada sumber http://www.secondchancesgirl.com.

Puding ni terlebih manis sebab asalnya saya tuang susu separuh tin tapi si kecik sayang tu telah tolong umminya memasak. Masa saya tengah leka buat benda lain, dia panjat kerusi dan tuang baki susu yang saya letakkan kat sebelah mangkuk adunan puding....dia cakap tak habis lagi susu ni...mari adik tolong ummi...

Waduh2....nak repair tak ble sebab stok roti dah habis...tawakal jer la....semoga puding ni habis kena ngap walau pun pastinya manis leting...


Puding ni saya bawa ke surau untuk moreh. Yang dah potong ambil gambar guna hp hubby. Tapi saya dah terdelete lepas transfer ke hp saya. Hubby pun dah delete ori copy.

Bread Pudding @ pudin de pan (Cuban Style)

Bahan2:

 12 keping roti - potong kecil
4 cawan susu segar
1 cawan susu pekat

2 cawan gula (untuk karamel)

1/2 sk garam
1 sk serbuk kulit kayu manis
½ sk serbuk pala
1 sk vanila
1/3 cawan air

4 biji telur - pukul sebati
3/4 cawan kismis (optional)

Panasksn oven pada suhu 180 celcius. Griskan loyang dengan mentega.

Adunan roti :

Dalam mangkuk, satukan roti, susu dan bahan2 lain kecuali gula. Kacau dengan sudu. Ketepikan.

Untuk karamel

Masukkan 2 cawan gula (boleh kurangkan) ke dalam pan. Masak hingga jadi keperangan dengan api kuat. Saya tuang 1/4 cawan air mendidih. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang digris. Ratakan.

Tuang adunan roti. Masukkan loyang adunan ke dalam loyang yang lebih besar. Tuangkan air panas sekurang2nya separuh loyang. Dan bakar adunan selama 45-60 minit.

Bila dah bakar, sejukkkan setengah jam. Guna pisau untuk longgarkan adunan dari loyang. Terbalikkan puding ke atas pinggan hidangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...