Sunday, September 28, 2014

Sambal tomato dan pucuk ubi rebus

Kalau ada sayur rebus atau ulam, pelelengkapnya mesti ada sambal...baru la mak mentua lalu tak perasan bila makan....


Semalam dok minta pucuk ubi kerinting daripada jiran....petik sendiri kat kebun dia...best sungguh...tapi pucuk ubi ni sedap dimakan selepas sekurang2 sehari lepas petik...mungkin nak keringkn getahnya skit...

Yang istimewanya pucuk ubi ni, daunnya boleh dimakan hingga sekaki ke bawah...bukan pucuknya saja macam spesis pokok ubi lain...saya pun dah semai dalam 3 pasu...

Selebihnya amik gak batang ubi untuk ditanam kat keliling surau...

Untuk pelengkap saya hidang dengan sambal tomato..

Resepi sambal...

1 biji tomato besar potong dadu

3 biji cili masak

10 biji cili padi

Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili, garam dan gula hingga lumat. Masukkan tomato dan penyek2kan skit dengan lesung....dah siap...


Pucuk ubi rebus

daun ubi
air
garam dan gula

Didihkan air dlm periuk dan masukkan bahan lain. Rebus hingga lembut/empuk. Hidangkan bersama sambal pilihan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...