Saturday, September 20, 2014

KUIH CUCUR JAWA @ MEXICAN HAT @ CUCUR TOPI LAGI

Kali ni guna resepi sukatan cawan. Ada orang yang tak ada penimbang....jadi guna resepi cawan ni senang la kan.....tapi cawan metrik....bukan cawan macam2 tu....

Bahan-bahan 

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan tepung beras
* 1/2 cawan gula pasir (kalau guna gula merah yg bulat silinder tu boleh kurangkan gula putih ni)
* 1 cawan gula merah
* sedikit garam
* 2 cawan air (airnya kena adjust...kalau terlalu likat boleh tambah sedikit air)
Cara-cara

1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama >< 2 cawan air. Masak hingga gula hancur dan biarkan sejuk/suam.

2. Tuangkan air gula tadi ke dalam adunan tepung gandum dan tepung beras. Tambahkan garam. 

3. Perap adunan tadi semalaman.

4.   Gaul (kalau terlalu likat tambah sedikit air) dan ditimbuk-timbuk. Ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya. Bila kuih dah nampak garing di tepi2nya dan berongga di tengah baru terbalikkan. Jangan terbalikkan terlalu awal nanti topi tak keluar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...